BANTUAN

BKC : Tarikh Dan Jumlah Bayaran BKC Fasa 2 (Miskin Tegar)

 

Bermula 7 Oktober lalu sehingga 21 Oktober ini, bagi penerima yang berstatus GAGAL KREDIT menerusi Bantuan Khas Covid19 (BKC) diminta untuk membuat kemaskini maklumat akaun bank. Ini kerana, sebilangan penerima yang layak menerima bantuan kewangan tersebut telah gagal dikreditkan ke akaun masing-masing mungkin disebabkan adanya kesilapan nombor akaun bank ataupun akaun bank terdahulu sudah tidak aktif lagi. 

Untuk pengetahuan anda, bermula 6 September lalu, pengkreditan bayaran BKC Fasa 1 telah mula dilaksanakan secara berperingkat ke akaun penerima yang layak. 

Namun, soalan yang sering ditanya mengenai, bilakah bayaran BKC fasa kedua akan dilaksanakan? Dan berapakah jumlah bayaran BKC bagi fasa kedua ini?

Oleh itu, kali ini pihak kami akan kongsikan mengenai maklumat lengkap berkaitan BKC fasa kedua berserta cara untuk membuat semakan. Ikuti perkongsian dibawah ini.

BANTUAN KHAS COVID-19 (BKC)

Tujuan utama bagi pakej bantuan ini adalah untuk memberikan bantuan menyeluruh kepada rakyat menghadapi kehidupan seharian dalam tempoh pelaksanaan PKP ini.

Dalam ucapan beliau mengatakan, nilai keseluruhan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) ini berjumlah RM150 bilion dimana ianya merangkumi suntikan langsung fiskal Kerajaan sebanyak RM 10 bilion.

TARIKH BAYARAN BKC FASA 2 (MISKIN TEGAR)

Menerusi Bantuan Khas Covid-19 (BKC) ini, bayaran bagi fasa kedua akan dilaksanakan pada :

  • Fasa 2 : November 2021
Namun, tarikh rasmi mengenainya tiada lagi diumumkan oleh pihak kerajaan. Pihak kami akan maklumkan sekiranya ada info mengenainya.

KADAR BAYARAN BKC FASA 2 (MISKIN TEGAR)

Berikut adalah kadar jumlah bayaran BKC Fasa 2 bagi kategori Miskin Tegar : 

  • Isi Rumah – RM500
  • Warga Emas Sebatang Kara – RM300
  • Bujang – RM300

KELAYAKAN PENERIMA BKC (MISKIN TEGAR)

Kelayakan penerima BKC bagi kategori Miskin Tegar ini adalah seperti berikut :

  • Isi Rumah & Warga Emas Pendapatan RM5,000 dan ke bawah
  • Bujang Pendapatan RM2,500 dan ke bawah

    Sebarang permohonan bagi menerima bantuan BKC (Miskin Tegar) ini, anda tidak perlu lakukan sama sekali, kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data sedia adalah seperti berikut :

    • Miskin Tegar :

    Permohonan BPR 2021 yang didaftarkan secara automatik daripada data Jabatan Kebajikan Masyarakat dan e-Kasih.

      Nota :  Penerima Geran Khas Prihatin (GKP) secara automatik adalah TIDAK LAYAK untuk menerima bantuan BKC ini.

      SEMAKAN STATUS BKC

      Bagi anda yang ingin membuat semakan mengenai status BKC, berikut adalah cara untuk melakukannya :

      Related Articles

      3 Comments

      Leave a Reply

      Your email address will not be published. Required fields are marked *

      Back to top button