BANTUAN

Bantuan Kewangan Berjumlah RM50 Sehari Yang Boleh Anda Mohon.

Dalam menghadapi kemelut wabak Covid-19 yang melanda ketika ini, Kerajaan sedia ada sentiasa komited dalam membantu bagi meringankan beban kewangan khususnya rakyat Malaysia. Pelbagai pakej bantuan yang telah dilaksanakan seperti, PERMAI, PEMERKASA, PEMERKASA+, PEMULIH dan banyak lagi.

Namun, adakah anda tahu mengenai satu bantuan yang boleh anda mohon dimana skim ini akan memberi takaful perlindungan secara percuma dari segi kewangan sebanyak RM50 sehari sehingga 14 hari sekiranya anda telah dikuarantin disebabkan Covid-19. Skim yang dimaksudkan adalah Skim Perlindungan Masyarakat MySalam.

Oleh itu, perkongsian kali ini kami akan berkongsi kepada anda cara untuk membuat permohonan bagi memudahkan anda untuk memohon. Ikuti perkongsian dibawah.

MySALAM

MySalam merupakan salah satu inisiatif dan usaha kerajaan yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir Mohamad ketika masih menjadi Perdana Menteri pada tahun 2019. Melalui skim bantuan ini, kerajaan telah menyediakan perlindungan takaful percuma kepada 3.69 juta penerima yang berumur diantara 18 sehingga 55 tahun beserta pasangan.

Ianya bertujuan untuk memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat MySalam melalui Tabung Amanah MySalam.  Di bawah skim ini, kerajaan akan menyediakan bantuan maksimum RM700 bagi golongan B40 sekiranya mereka telah dikuarantin disebabkan Covid-19.

KADAR BANTUAN

Sekiranya anda telah dikuarantin (diwad / dirumah) disebabkan Covid-19, anda layak memohon bantuan kewangan MySalam ini pada kadar :

  • RM50 Sehari (sehingga 14 hari)

SYARAT KELAYAKAN

Beberapa syarat yang telah di tetapkan bagi setiap permohonan iaitu :

  1. Penerima bantuan Bantuan Sara Hidup
  2. Berumur 18 hingga 65 tahun, dan pasangan
  3. Berumur 40 hingga 65 tahun, bujang dan berpendapatan kurang dari RM24,000 setahun.
  4. OKU berumur 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang dari RM24,000 setahun.
Manfaat bagi penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :
  • Bantuan RM8,000 + Hospitalisasi untuk maksimum selama 14 hari bagi pesakit yang kritikal.

SEMAKAN MySALAM

Sebelum melakukan sebarang penebusan, pastikan anda membuat semakan terlebih dahulu bagi memastikan kelayakan anda. Berikut adalah cara untuk membuat semakan :

  1. Sila layari web rasmi MySalam iaitu : 
    https://www.mysalam.com.my/
  2. Masukkan ‘No Kad Pengenalan
  3. Klik ‘ Semak
  4. Paparan mengenai status kelayakan anda akan dipaparkan

CARA MOHON DAN MEMBUAT TUNTUTAN

Terdapat dua kaedah yang anda boleh lakukan melalui proses ini iaitu :

  • Secara Online
  • Secara Manual

Berikut adalah cara-caranya :

Secara Online

  • Log masuk di :
    https://www.mysalam.com.my/b40/info/
  • Sekiranya anda belum berdaftar, sila klik ‘Log Masuk Kali Pertama‘ dan ikuti arahan seperti yang diarahkan
  • Pengesahan nombor telefon akan dihantar. Jika nombor telefon anda sudah tidak digunakan, sila hubungi talian bantuan untuk pihak mereka melakukan ‘reset‘ kata laluan anda. Setelah itu, anda boleh masukkan kata laluan baru.
  • Selepas itu, sila kemaskini maklumat yang diminta dan muatnaik dokumen yang diperlukan

Secara Manual

Sekiranya anda ingin memohon dan membuat tuntutan secara manual anda boleh :

  • Kunjungi mana-mana kiosk MySalam berhampiran
  • Sila sertakan salinan kad pengenalan dan boran Annex 14 & 17
  • Serahkan segala dokumen yang berkait untuk memudahkan proses tuntutan anda

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan dan ingin ketahui lebih lanjut mengenai skim MySalam ini, anda boleh berhubung melalui :

Telefon : 1-300-88-8938

Related Articles

2 Comments

  1. Asslamualaikum

    Saya syahrol mohon bantuan

    Saya bekerja tapi tak mampu nak bayar bil hospital hampir rm20 ribu.anak saya minggu lepas menjalani pembedahan buah pinggang.
    Saya mohon ada yang dapat membantu saya sikit2 dan hanya ALLAH MAHA ESA LAGI MAHA BERKUASA SAHAJA YANG TAHU.
    Anak saya sejak lahir dari 05.06.2021 dah di sah kan doktor pakar yang anak saya jantung besar,buah pinggang sebelah kanan besar dan sakit ginjan…pada 11.09.2021 saya keje kontraktor T.N.B di semenyih dan isteri saya call dan saya terus balik gombak dan alhamdulilah saya sempat bawak anak saya ke HOSPITAL TUNKU AZIZAH KUALA LUMPUR…anak saya di tahan di icu kritikal…anak saya menjalani pembedan buah pinggang dan doktor pakar saleha bagi tahu saya dan isteri saya yang saya kena siap kan RM20 RIBU @ RM 35 RIBU dan sekarang dah selesai bedah dan saya perlu bayar RM18 RIBU…saya memang kerja tapi tak mampu nak bayar bil hospital sebanyak RM18 RIBU…saya mohon pada orang ramai yang dapat membantu saya seadanya demi anak saya…saya hanya mampu mendoa kan orang yang tolong saya demi anak saya ini akan bertambah mudah rezeki dan sihat selalu…saya tidak menipu tapi hanay ALLAH YANG MAHA ESA LAGI MAHA BERKUASA SAHAJA YANG TAHU…
    *DERMA KILAT DAN SUMBANGAN IKHLAS UNTUK MENAMPUNG KOS PERUBATAN*

    Allahuakbar.
    satu perkhabaran yang mengejutkan untuk keluarga kami terima hari ini berita anak abang saya shahrol bin sarbani yang berusia 3bulan telah mengalami komplikasi ginjal kanan ada dua,ginjal kiri ada batu dan terpaksa menjalani pembedahan untuk menebuk lubang bagi mengeluarkan air kencing. Kini adik aqilla menerima rawatan di Hospital

    Marilah kita sama-sama membantu hulurkan derma, infaq, zakat, sedekah bagi meringankan beban keluarga abang saya.

    P/s:- Anggaran kos operation sebanyak 35K
    Diperlukan segera!!! Pada yg ingin menyumbang dan ingin tahu detail boleh hubungi

    Alamat rumah
    No 158 (88) 1b jalan gombak batu 5 gombak 53000 kuala lumpur…

    Maybank
    164061878494
    Shahrol sarbani(bapa)

    Maybank
    151584137594
    Saliza sarbani(ibu saudara)
    Anak saya sejak lahir dari 05.06.2021 dah di sah kan doktor pakar yang anak saya jantung besar,buah pinggang sebelah kanan besar dan sakit ginjan…pada 11.09.2021 saya keje kontraktor T.N.B di semenyih dan isteri saya call dan saya terus balik gombak dan alhamdulilah saya sempat bawak anak saya ke HOSPITAL TUNKU AZIZAH KUALA LUMPUR…anak saya di tahan di icu kritikal…anak saya menjalani pembedan buah pinggang dan doktor pakar saleha bagi tahu saya dan isteri saya yang saya kena siap kan RM20 RIBU @ RM 35 RIBU dan sekarang dah selesai bedah dan saya perlu bayar RM18 RIBU…saya memang kerja tapi tak mampu nak bayar bil hospital sebanyak RM18 RIBU…saya mohon pada orang ramai yang dapat membantu saya seadanya demi anak saya…saya hanya mampu mendoa kan orang yang tolong saya demi anak saya ini akan bertambah mudah rezeki dan sihat selalu…saya tidak menipu tapi hanay ALLAH YANG MAHA ESA LAGI MAHA BERKUASA SAHAJA YANG TAHU…
    Saya mohon ada yg sudi membantu saya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button