BANTUANGKP

GKP 4.0 : RM1000 Untuk PKS Mikro! Ketahui Cara Untuk Kemaskini Maklumat Akaun Bank Bagi Penerima Yang GAGAL KREDIT.

Adakah anda diantara penerima yang layak menerima bantuan seperti Geran Khas Prihatin 4.0? Untuk pengetahuan anda, pada September lalu bayaran GKP 4.0 Fasa 1 telah mula dilaksanakan secara berperingkat ke akaun penerima sebanyak RM500.

Namun, ada di antara penerima yang layak akan tetapi bayaran pada Fasa 1 yang GAGAL KREDIT diminta untuk membuat kemaskini maklumat akaun bank bagi memudahkan urusan pembayaran akan datang kerana tempoh untuk mengemaskini telah di BUKA!

Untuk kali ini, pihak kami akan berkongsi kepada anda bagaimana cara untuk membuat kemaskini akaun bank anda . Sebelum itu, mari kita ketahui lebih lanjut mengenai bantuan Geran Khas Prihatin 4.0 ini.

GERAN KHAS PRIHATIN 4.0

Dalam membantu khususnya para peniaga PKS Mikro yang terjejas pendapatan mereka ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda negara ketika ini, Kerajaan sedia ada terus komited dalam memberi bantuan kepada mereka yang terjejas melalui pelaksanaan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP).

Dalam pelaksanaan Geran Khas Prihatin ini, secara keseluruhan Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah 5.1 bilion ringgit. Terkini melalui PEMERKASA Tambahan pula, penerima yang layak telahpun mendapat bayaran GKP 3.0 mereka sebanyak RM1000 kira-kira dua minggu lepas, dan bakal mendapat RM500 lagi pada pertengahan bulan Julai nanti.

Atas dasar prihatin Kerajaan terhadap rakyat Malaysia Khususnya buat peniaga kecil, bantuan program GKP ini di teruskan lagi dengan tambahan secara tunai dibawah Geran Khas Prihatin 4.0 (GKP4.0) yang akan memanfaatkan kira-kira 1 juta usahawan PKS mikro.

TARIKH KEMASKINI

Penerima GKP yang telah membuat semakan mengenai bayaran GKP 4.0 dan berstatus GAGAL KREDIT, anda diminta untuk membuat kemaskini maklumat akaun bank bermula :

  • 7 hingga 21 Oktober 2021
Penerima yang perlu membuat kemaskini akaun bank ini adalah penerima GKP termasuk :
  • GKP PERMAI
  • GKP PEMERKASA+
  • GKP 3.0
  • GKP 4.0

KEMASKINI AKAUN BANK GKP

Sekirany anda ingin membuat kemaskini maklumat akaun bank, berikut kami kongsikan bagaimana cara-cara untuk melakukannya :

  1. Sila ke portal rasmi GKP iaitu : https://gkp.hasil.gov.my/
  2. Sila klik ‘Log Masuk
  3. Masukkan ID PENGGUNA dan klik ‘SEMAK
  4. Pautan mengenai kata kunci akan dipaparkan. Sila sahkan dan klik ‘YA
  5. Masukkan kata laluan sekali lagi dan ‘Log Masuk
  6. Sila ke ‘Menu Kemas Kini Akaun Bank
  7. Masukkan nombor akaun bank terkini yang aktif

TARIKH BAYARAN

Bayaran GKP 4.0 ini akan mula dikreditkan ke akaun penerima dan akan melalui 2 fasa iaitu pada :

  • Fasa 1 : RM500
    – September 2021 (Telah Dikreditkan)
  • Fasa 2 : RM500
    November 2021

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan mengenai status pembayaran GKP boleh hubungi : 
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button