BANTUAN

Terkini : Permohonan Lesen Memandu Percuma Untuk B40

Terkini : Permohonan Bantuan Lesen Memandu Percuma kini boleh dikemukakan. Program ini bertujuan bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal). Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah ini.

PROGRAM LESEN MEMANDU PERCUMA

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan melaksanakan Program MyLesen B2 Tahun 2024. Program ini adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa 35,000 orang penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2.

Apa yang menariknya mengenai program ini adalah, segala kos akan di tanggung oleh kerajaan secara PERCUMA!

LESEN MEMANDU PERCUMA

MANFAAT MYLESEN 2024

Berikut adalah manfaat yang akan diperolehi sekiranya individu tersebut berkelayakan :

  • Membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
  • Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu.
  • Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.

SYARAT KELAYAKAN PROGRAM MYLESEN B2 TAHUN 2024

Walaubagaimanapun, permohonan ini hanya tertumpu kepada individu yang memenuhi ketetapan kelayakan dibawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 16 tahun ke atas
  • Penerima bantuan (eKasih/Zakat/Baitulmak/JKM/JAKOA/LHDN)
  • Tanggungan juga boleh memohon
  • Sihat tubuh badan dan mental
  • Belum ada lesen memandu
  • Tidak berada dalam senarai hitam JPJ, PDRM, dan Mahkamah

TERMA & SYARAT PENYERTAAN PROGRAM

Anda diminta untuk menyemak beberapa terma dan syarat penyertaan program lesen memandu percuma ini :

  1. Peserta hendaklah warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas semasa mengemukakan permohonan.
  2. Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan.
  3. Sihat fizikal dan mental.
  4. Peserta tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
  5. Peserta tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi Kerajaan, badan swasta atau Institusi Kewangan semasa mengemukakan permohonan.
  6. Kos yuran peserta akan ditaja sepenuhnya melibatkan fi latihan, amali dan ujian.
  7. Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
  8. Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
  9. Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
  10. Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.
  11. Peserta diwajibkan untuk menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.
  12. Program akan berlangsung bermula Febuari 2024 sehingga Oktober 2024.

CARA MOHON LESEN MEMANDU PERCUMA

Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang kuota dan permohonan MyLesen B2, anda dinasihatkan untuk merujuk laman media sosial Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi negeri anda. Borang permohonan boleh dimuat turun DISINI.

Info tambahan : Tarikh tutup penyertaan Program MyLesen B2 Tahun 2024 adalah sehingga kuota penyertaan dipenuhi.

SUMBER : Program MyLesen B2 Tahun 2024

MAKLUMAT LANJUT

Tahun demi tahun, pasti akan ada sahaja bantuan yang akan disalurkan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas ekonominya. Sekiranya anda ingin tahu bantuan apakah yang boleh anda dapatkan, sila SEMAK DISINI untuk rujukan anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button