BANTUAN

JARINGAN PRIHATIN : Bantuan RM180 & RM300 Untuk Anda Sebelum 30 September Ini

Sekiranya anda diantara yang belum lagi membuat penebusan sebanyak RM180 & RM300 menerusi pakej Jaringan Prihatin, hanya tinggal 6 hari sahaja lagi untuk anda memanfaatkan bantuan yang di sediakan kerajaan ini.

Terdahulu, tempoh permohonan dan penebusan akan berakhir pada Julai lalu. Namun, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menerusi kenyataannya memberitahu bahawa tempoh permohonan program tersebut telah dilanjutkan sehingga 30 September 2021 ini. 

Melalui program ini, kerajaan menyediakan bantuan RM300 bagi setiap pembelian peranti baru dan RM180 bagi melanggan pelan data bulanan dari syarikat telekomunikasi yang terdapat di Malaysia.

Untuk kali ini, pihak kami akan berkongsi kepada anda mengenai cara pendaftaran permohonan Program Jaringan Prihatin B40 ini. Ikuti perkongsian di bawah.

PROGRAM JARINGAN PRIHATIN

Program yang berjumlah RM3.5 bilion ini adalah sebuah inisiatif kerajaan yang telah di umumkan ketika pembentanan Belanjawan 2021. Ianya akan memanfaatkan kepada 8.4 juta penerima yang telah berdaftar melalui Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Daripada jumlah keseluruhan, kerajaan akan membelanjakan sebanyak RM2 bilion manakala syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan pula akan memberi sumbangan tambahan berjumlah 1.5 bilion dalam bentuk data percuma.

Bantuan Kerajaan

Untuk makluman, dalam pelaksanaan program ini, Kementerian Kewangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan bekerjasama bersama dua belas syarikat yang ada di Malaysia.

KELAYAKAN DAN KADAR BANTUAN

Terbuka kepada warganegara Malaysia yang layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Penerima yang layak boleh memilih salah satu dari dua manfaat, iaitu pakej peranti ataupun pelan bulanan :

  • Mempunyai anak di bawah umur 18 tahun
    Bantuan untuk Pakej Peranti : RM300 atau
    Bantuan Untuk Pelan Data Bulanan untuk 12 bulan : RM180

  • Tiada anak di bawah umur 18 tahun
    Bantuan untuk Pakej Peranti : RM180 atau
    Bantuan untuk Pelan Data Bulanan untuk 12 bulan (RM15/bulan) RM180

12 SYARIKAT TELEKOMUNIKASI

Berikut adalah antara 12 syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam pelaksanaan program ini : 

KAEDAH PENEBUSAN RM180 & RM300

Berikut adalah cara untuk membuat penebusan Program Jaringan Prihatin :

  1. Semak kelayakan anda di portal rasmi BPR iaitu :
    https://bpr.hasil.gov.my/
  2. Daftar sebagai pelanggan di syarikat komunikasi yang mengambil bahagian (sila klik link di atas mengikut syarikat telekomunikasi)
  3. Tentukan sama ada anda ingin memilih pakej berikut :
    – Pembelian peranti baharu
    – Pembelian pelan data internet bulanan
  4. Selesai! Anda kini boleh menikmati data percuma dengan data tambahan yang ditawarkan.
SUMBER : rujukanonline

Related Articles

4 Comments

  1. Masalahnye pihak telekomunikasi mewajibkan utk mendaftar nombor baharu & dikenakan kontrak selama setahun. Jadi bg sy disini nmpak mcm takde ketelusan dr pihak terbabit. Rakyat dh tertekan dgn keadaad skrg, ttp pihakĀ² yg berkeuntungan ni lg nk menekan rakyat. Harap pihak kerajaan dpt memandang serius dlm perkara ini.

  2. Nama saya berdaftar dalam golongan ekasih tetapi apabila saya membuat permohonan bantuan kerajaan ,,satu pun saya tidak punya kelayakan ,,sebab ltu saya memohon pihak tertentu sila hapus kan nama saya dalam senarai daftar (Ekasih)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button