BANTUAN

PEMULIH : Bayaran Bantuan Khas Covid-19 (Miskin Tegar) Akan Mula Dilaksanakan Pada 6 September

Alhamdulillah, akhirnya terjawab sudah mengenai bilakah tarikh rasmi bayaran bagi Bantuan Khas Covid-19 (BKC) akan dilaksanakan, kerana sebelum ini dimaklumkan bahawa pelaksanaan bagi bantuan ini akan bermula pada Ogos lalu. Namun, ianya tidak berjalan seperti yang diumumkan.

Terkini, menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada hari kemarin, bayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) ini akan bermula pada 6 September dan akan dikreditkan secara berperingkat.

Ikuti perkongsian dibawah ini. 

BANTUAN KHAS COVID-19 (BKC)

Tujuan utama bagi pakej bantuan ini adalah untuk memberikan bantuan menyeluruh kepada rakyat menghadapi kehidupan seharian dalam tempoh pelaksanaan PKP ini.

Dalam ucapan beliau mengatakan, nilai keseluruhan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) ini berjumlah RM150 bilion dimana ianya merangkumi suntikan langsung fiskal Kerajaan sebanyak RM 10 bilion.

TARIKH BAYARAN BKC (MISKIN TEGAR)

Menerusi Bantuan Khas Covid-19 (BKC) ini, ianya akan bakal dilaksanakan melalui beberapa fasa dan bayaran diberikan secara berperingkat bermula :

  • Fasa 1 : 6 September 2021

KELAYAKAN PENERIMA BKC (MISKIN TEGAR)

Kelayakan penerima BKC bagi kategori Miskin Tegar ini adalah seperti berikut :

  • Isi Rumah & Warga Emas Pendapatan RM5,000 dan ke bawah
  • Bujang Pendapatan RM2,500 dan ke bawah

    Sebarang permohonan bagi menerima bantuan BKC (Miskin Tegar) ini, anda tidak perlu lakukan sama sekali, kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data sedia adalah seperti berikut :

    • Miskin Tegar :

    Permohonan BPR 2021 yang didaftarkan secara automatik daripada data Jabatan Kebajikan Masyarakat dan e-Kasih.

      Nota :  Penerima Geran Khas Prihatin (GKP) secara automatik adalah TIDAK LAYAK untuk menerima bantuan BKC ini.

      KADAR BAYARAN BKC (MISKIN TEGAR)

      Untuk makluman, bayaran Bantuan Khas Covid-19 (Miskin Tegar) ini akan dilaksanakan secara berperingkat dan akan melalui beberapa fasa bayaran seperti berikut :

      • Isi Rumah (RM1300)

              – Ogos : RM500
              – November : RM500
              – Disember : RM300

      • Warga Emas (RM500)

              – Ogos : RM200
              – November : RM300

      • Bujang (RM500)

              – Ogos : RM200
              – November : RM300

      Related Articles

      Leave a Reply

      Your email address will not be published. Required fields are marked *

      Back to top button