PEMULIH : Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Akan Mula Dilaksanakan Pada 6 September 2021

Berita baik untuk rakyat Malaysia! Bantuan kewangan yang ditunggu-tunggu iaitu Bantuan Khas Covid-19 (BKC) kini sudah ada tarikh rasminya untuk diberikan kepada penerima yang layak.

Sebentar tadi, status (Facebook) terbaru daripada Tengku Zafrul (Menteri Kewangan Malaysia) mengatakan, menerusi Mesyuarat Kabinet yang diadakan pagi tadi bersama Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, beliau telah mengumumkan bahawa pembayaran Fasa 1 Bantuan Khas Covid-19 (BKC) akan dilaksanakan secara berperingkat bermula 6 September ini.

Ikuti perkongsian dibawah untuk ketahui lebih lanjut mengenai Bantuan Khas Covid-19.

BANTUAN KHAS COVID-19 

Bantuan Khas Covid 19 (BKC) adalah satu inisiatif baru Kerajaan bagi memberi bantuan (tunai) kepada rakyat berikutan Kerajaan kini terpaksa melanjutkan lagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ekoran peningkatan kes Covid-19 di negara kita.

Melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) ini, 3 fokus utama dalam pelaksanaannya iaitu :

  • Meneruskan Agenda Rakyat
  • Menyokong Perniagaan ; dan
  • Meningkatkan Vaksinas

TARIKH BAYARAN

Tan Sri Muhyiddin Yassin didalam ucapannya ketika mengumumkan mengenai Bantuan Khas Covid-19 ini, ianya akan dilaksanakan secara berperingkat bermula :

  • 6 September 2021

KADAR BANTUAN KHAS COVID-19

Kadar bayaran Bantuan Khas Covid-19 ini akan dilaksanakan mengikut kategori masing-masing yang telah di tetapkan dan akan di bayar secara berperingkat iaitu :

Isi Rumah (miskin tegar) – RM1,300
3 Fasa bayaran iaitu :
  • RM500 (Ogos)
  • RM500 (November)
  • RM300 (Disember)
Bujang (miskin tegar) – RM500
2 Fasa bayaran iaitu :
  • RM200 (Ogos)
  • RM300 (November)
Isi Rumah (B40) – RM800
2 Fasa bayaran iaitu :
  • RM500 (Ogos)
  • RM300 (Disember)
Bujang (B40) – RM200
  • RM200 (Ogos)
Isi Rumah (M40) – RM250
  • RM250 (Ogos)
Bujang (M40) – RM100
  • RM100 (Ogos)

Dalam pelaksanaan Bantuan Khas Covid-19 ini bakal memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM4.6 bilion.

PERMOHONAN BKC-19

Untuk makluman, tiada makluman rasmi mengenai permohonan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) ini. Dijangkakan, kelulusan bagi penerimaan bantuan ini hanya menggunakan data sedia ada yang ada di pangkalan data Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sepertimana dalam pelaksanaan BPR tambahan baru-baru ini.

Leave a Comment