BANTUAN

PEMULIH : Bantuan Khas Covid-19 (Miskin Tegar) – Akan Dilaksanakan Dalam Masa Terdekat

Ketika ini, rakyat Malaysia tertanya-tanya bagaimana dengan bantuan yang telah diumumkan oleh mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin, apakah bantuan tersebut akan berjalan dan dilaksanakan seperti yang telah diumumkan sebelum ini? 

Untuk makluman anda, Kementerian Kewangan Malaysia memberi jaminan mengenai bantuan yang telah diumumkan sebelum ini akan berjalan seperti yang direncanakan termasuklah Bantuan Khas Covid-19 (BKC)kini menjadi isu hangat yang diperkatakan di media sosial.

Ikuti perkongsian di bawah ini mengenainya.

BANTUAN KHAS COVID-19 (BKC)

Baru-baru ini, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ketika diminta mengulas mengenai keluhan rakyat Malaysia mengenai bantuan BKC ini, beliau berkata “mengenai bantuan yang telah diumumkan sebelum ini, ada lagi bantuan-bantuan dan semestinya ianya akan diteruskan. Saya percaya Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) akan membuat pengumuman mengenai bantuan-bantuan ini dalam masa terdekat

Nota : Bantuan Khas Covid-19 (BKC) ini sepatutnya akan dilaksanakan pada bulan ini (Ogos).

KELAYAKAN PENERIMA BKC (MISKIN TEGAR)

Kelayakan penerima BKC bagi kategori Miskin Tegar ini adalah seperti berikut :

  • Isi Rumah & Warga Emas Pendapatan RM5,000 dan ke bawah
  • Bujang Pendapatan RM2,500 dan ke bawah

    Sebarang permohonan bagi menerima bantuan BKC (Miskin Tegar) ini, anda tidak perlu lakukan sama sekali, kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data sedia adalah seperti berikut :

    • Miskin Tegar :

    Permohonan BPR 2021 yang didaftarkan secara automatik daripada data Jabatan Kebajikan Masyarakat dan e-Kasih.

      Nota :  Penerima Geran Khas Prihatin (GKP) secara automatik adalah TIDAK LAYAK untuk menerima bantuan BKC ini.

      KADAR BAYARAN BKC (MISKIN TEGAR)

      Untuk makluman, bayaran Bantuan Khas Covid-19 (Miskin Tegar) ini akan dilaksanakan secara berperingkat dan akan melalui beberapa fasa bayaran seperti berikut :

      • Isi Rumah (RM1300)

              – Ogos : RM500
              – November : RM500
              – Disember : RM300

      • Warga Emas (RM500)

              – Ogos : RM200
              – November : RM300

      • Bujang (RM500)

              – Ogos : RM200
              – November : RM300

        TARIKH BAYARAN BKC (MISKIN TEGAR)

        Menerusi Bantuan Khas Covid-19 (BKC) ini, ianya akan bakal dilaksanakan secara berperingkat bermula :

        • Bulan Ogos 2021

        Walaubagaimanapun, menerusi kenyataan rasmi yang di keluarkan mengenai tarikh bayaran pertama, ianya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

        Related Articles

        5 Comments

        1. Assalamualaikum…cuma bertanya bantuan BKC hanya utk Miskin Tegar sahaja….bagaimana dgn golongan B40 dan M40…kerana sblm ini ada d umumkan bantuan untuk golongan tersebut jugak…sila jelas kan…mungkin ada rakyat yg akn keliru nanti…harap maaf sekiranya pertanyaan saya agak keterlaluan…cuma meminta penjelasan…sekian terima kasih..

        2. Wsalam. Untuk pengetahuan puan memang betul kelayakan penerima BKC ini untuk M40, B40 dan Miskin Tegar. Tpi, untuk posting kali ini kami hanya merujuk kepada kategori Miskin Tegar. Terima kasih.

        3. snpai ble nk tgu ni…..rkyat smua duk mghrap kn bntuan bkc….yg ada ank kcil lgi la….mcm ambe susu pampers ank smua dh abs….,golongan mnteriĀ³ tk pe la….tk trase pn….gaji sblan blh mkan 4 5 blan….mcm kmi yg krja gji hri mcm mne… jgn duk sbuk dgn brebut kuasa. jgn smpai rakyat kluar brmai2 nti bru nk kalut….

        Leave a Reply

        Your email address will not be published. Required fields are marked *

        Back to top button