PEMULIH : Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Bayaran Sehingga RM1,300
Bantuan Khas Covid 19 (BKC) adalah satu inisiatif baru Kerajaan bagi memberi bantuan (tunai) kepada rakyat berikutan Kerajaan kini terpaksa melanjutkan lagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ekoran peningkatan kes Covid-19 di negara kita.
Inisiatif ini telah diumumkan ketika Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memperkenalkan program bantuan baharu iaitu di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). Ianya bertujuan untuk memberi bantuan menyeluruh kepada rakyat yang terjejas akibat wabak Covid-19 melanda negara ketika ini.
Ikuti perkongsian dibawah untuk ketahui lebih lanjut mengenai Bantuan Khas Covid-19.
BANTUAN KHAS COVID-19
Melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) ini, 3 fokus utama dalam pelaksanaannya iaitu :
- Meneruskan Agenda Rakyat
- Menyokong Perniagaan ; dan
- Meningkatkan Vaksinas
KADAR BANTUAN KHAS COVID-19
Kadar bayaran Bantuan Khas Covid-19 ini akan dilaksanakan mengikut kategori masing-masing yang telah di tetapkan dan akan di bayar secara berperingkat iaitu :
- RM500 (Ogos)
- RM500 (November)
- RM300 (Disember)
- RM200 (Ogos)
- RM300 (November)
- RM500 (Ogos)
- RM300 (Disember)
- RM200 (Ogos)
- RM250 (Ogos)
- RM100 (Ogos)
Dalam pelaksanaan Bantuan Khas Covid-19 ini bakal memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM4.6 bilion.
TARIKH BAYARAN
Tan Sri Muhyiddin Yassin didalam ucapannya ketika mengumumkan mengenai Bantuan Khas Covid-19 ini, ianya akan dilaksanakan secara berperingkat bermula :
- 21 Ogos 2021
PERMOHONAN BKC-19
Untuk makluman, tiada makluman rasmi mengenai permohonan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) ini. Dijangkakan, kelulusan bagi penerimaan bantuan ini hanya menggunakan data sedia ada yang ada di pangkalan data Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sepertimana dalam pelaksanaan BPR tambahan baru-baru ini.
Walaubagaimanapun, pihak kami akan maklumkan dari masa ke semasa sekiranya mendapat maklumat baru mengenai Bantuan Khas Covid-19 ini.
Assalamualaikum nk tanya kalau nk mohon tak dapat k bantuan ni sebab sya sik terima bantuan bpr nma pemohon bpr setatus berkeluaga sya atas nama suami kami dah bercerai jadi semua bantuan suami yang dapat sya dan anak2 sik dapat bantuan ni..sebab masuk k akaun suami boleh k kalau bantaun BKC ni sya nk mohon..
Saya nak keluar Dr sistem tanggungan suami sebab saya dah bercerai pada tanggal 24 Jun tu..akan tetapi kmi tak ada surat nikah yg berdaftar d jains.saya ada surat laporan polis dan pengesahan Dari mahkamah anak negeri.saya dan 2 orang anak saya nak keluar dari tanggungan suami.dr sistem bantuan bpr dan bantuan yang lain.bagi langkah2 seterusnya bagai mana saya nak memohon semula bantuan tersebut dan ada lah saya layak sebb saya tak pernah memohon apa2 bantuan bpr atau pun mana2 bantuan atas sebab status d tanggung
Kenapa saya bertanya sebab sia suami sekarang kira tipu data kepada kerajaan sebb saya dan suami tak bersama dan bercerai dan duit bantuan tersebut biar sesen pun dia tak bagi sebelum ni bantuan masuk ke akaun si isteri akan tetapi baru2 ni pemberian fasa 2 bpr tak masuk sudh dlm akaun si isteri melalui tunai dbsn tolong beri maklum balas secepat mungkin bagai mna dan apa cara yg sepatutnya saya lakukan
Pertama kali bantuan lulus, tapi kali ke2 hingga kini tak lulus, hanya 1 dokumen tak lengkap permohonan tak lulus walau da buat rayuan…,!!!!!
#kerajaan prihatin la kononnya…
#keluarga malaysia la kononnya….
#hanya bergantung harap duit sendiri, kwsp tapi……
"Perkara mudah sengaja di susah di lambat² kan oleh menteri² akal pendek, kwsp duit siapa, beri je pilihan berapa nak keluar kan tu je ,kan senang"…..