Syarat Kelayakan Bagi Permohonan Pengeluaran i-Citra KWSP

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin di dalam pengumumannya mengenai bantuan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), KWSP telah bersetuju memberi kebenaran kepada ahlinya untuk membuat permohonan pengeluaran sehingga RM5,000 melalui program i-Citra KWSP.

Kebenaran pengeluaran i-Citra dilakukan setelah Kerajaan mengambil kira mengenai faktor kewangan rakyat Malaysia yang tergugat akibat Covid-19 melanda negara ketika ini. Pihak Kerajaan berharap dengan pelaksanaan i-Citra ini dapatlah meringankan beban dan memberi kemudahan kewangan khususnya ahli KWSP yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di lanjutkan.

Untuk makluman, setiap ahli KWSP yang masih mempunya baki simpanan boleh membuat permohonan bermula Julai nanti. Oleh itu, pihak kami akan kongsikan kepada anda mengenai syarat kelayakan dan jumlah amaun pengeluaran yang dibenarkan.

Ikuti perkongsian di bawah ini.

TARIKH PERMOHONAN I-CITRA KWSP

Kepada ahli KWSP yang berminat dan ingin membuat permohonan pengeluaran i-Citra ini, ianya boleh dilakukan pada :

  • 15 Julai – 30 September 2021
Permohonan pengeluaran i-Citra ini, ianya boleh dilakukan secara online melalui portal rasmi iaitu :
Namun, portal pemohonan diatas masih dalam penyelenggaraan dan hanya boleh di akses pada tarikh permohonan i-Citra telah dibuka iaitu 15 Julai nanti.

TARIKH BAYARAN I-CITRA KWSP

Tarikh bayaran pertama melalui pengeluaran i-Citra KWSP ini dijangkakan pada :

  • Ogos 2021

SYARAT KELAYAKAN I-CITRA KWSP

Beberapa syarat yang telah ditetapkan untuk ahli memohon,antaranya :

  • Berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap
  • Jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam akaun KWSP
  • Anggota perkhidmatan awam juga boleh memohon. Namun, mereka berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak
  • Ahli yang pernah memohon i-Sinar dan i-Lestari sebelum ini, anda tidak terkecuali untuk layak membuat permohonan i-Citra ini dan tidak perlu menunggu sehingga bayaran i-Sinar selesai.

AMAUN PENGELUARAN YANG DIBENARKAN

Berikut adalah jumlah amaun pengeluaran yang dibenarkan :

  • Pengeluaran sehingga maksimum RM5,000
  • Bayaran akan dibuat berperingkat sehinggai 5 bulan
  • Kadar bayaran sebanyak RM1,000 sebulan (tertakluk kepada jumlah baki simpanan)
  • Bayaran minimum adalah RM50
  • Baki simpanan sekurangnya RM100 dalam Akaun 1






1 thought on “Syarat Kelayakan Bagi Permohonan Pengeluaran i-Citra KWSP”

Leave a Comment