Sebelum ini, Kerajaan telah memperkenalkan beberapa program untuk membantu para pencarum KWSP dalam menghadapi krisis ekonomi berikutan wabak Covid-19 yang melanda negara ketika ini. Antara program tersebut seperti i-Lestari dan i-Sinar.
Bagi meringankan beban kewangan khususnya para ahli KWSP yang terjejas akibat pelaksanaan PKP, KWSP akan memperkenalkan program baru iaitu i-Citra di bawah Pakej PEMULIH.
Ikuti perkongsian di bawah mengenai program baru yang bakal dilaksanakan oleh KWSP iaitu i-Citra.
i-Citra KWSP
Pelaksanaan program i-Citra KWSP ini merupakan satu lagi kemudahan pengeluaran baharu yang telah di umumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin ketika beliau memperkenalkan pakej baru iaitu Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
Menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga 5 ribu ringgit dengan kadar bayaran secara bulanan. Dengan jumlah tersebut, pelaksanaan program ini dijangka dapat menyalurkan 30 bilion ringgit kepada rakyat untuk menampung keperluan harian mereka.
PENGELUARAN I-CITRA KWSP
Menerusi program baru iaitu i-Citra KWSP ini, ahli-ahli KWSP boleh membuat pengeluaran KWSP mereka pada kadar berikut :
- Jumlah Pengeluaran : i-Citra RM5,000
- Kadar Bayaran : RM1,000 sebulan untuk tempoh 5 bulan
- Bayaran pertama dijangka akan bermula pada bulan Ogos 2021
PERMOHONAN I-CITRA KWSP
- icitra.kwsp.gov.my (akan dibuka bermula 15 Julai 2021)
- 15 Julai 2021