Menyedari beban yang terpaksa ditanggung rakyat Malaysia khususnya buat para peniaga berikutan pelaksanaan PKP kini dilanjutkan, Kerajaan sedia ada sedar dan memahami kehendak orang ramai dalam meneruskan kehidupan seharian ini.
Dalam fasa pertama dan kedua melalui Pelan Pemulihan Negara (PPN), kebanyak peniaga ataupun premis perniagaan masih tidak dapat beroperasi sepenuh nya. Justeru itu, melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan oleh PM baru-baru ini, Kerajaan bersetuju akan memberi bayaran tambahan melalui program Geran Khas Prihatin 4.0.
Melalui pelaksanaan Geran Khas Prihatin sebelum ini, ianya telah terbukti dalam menyokong kelangsungan perniagaan dalam kalangan peniaga kecil, terutamanya peniaga yang masih tidak boleh beroperasi.
Berikut kami akan kongsikan maklumat mengenai Geran Khas Prihatin 4.0 dibawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
GERAN KHAS PRIHATIN 4.0
Dalam pelaksanaan Geran Khas Prihatin ini, secara keseluruhan Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah 5.1 bilion ringgit. Terkini melalui PEMERKASA Tambahan pula, penerima yang layak telahpun mendapat bayaran GKP 3.0 mereka sebanyak RM1000 kira-kira dua minggu lepas, dan bakal mendapat RM500 lagi pada pertengahan bulan Julai nanti.
Atas dasar prihatin Kerajaan terhadap rakyat Malaysia Khususnya buat peniaga kecil, bantuan program GKP ini di teruskan lagi dengan tambahan secara tunai dibawah Geran Khas Prihatin 4.0 (GKP4.0) yang akan memanfaatkan kira-kira 1 juta usahawan PKS mikro.
KADAR BAYARAN GKP 4.0
Peniaga yang layak dan pernah menerima bantuan GKP sebelum ini akan menerima tambahan bayaran dalam GKP 4.0 secara automatik pada kadar :
- RM1,000
TARIKH BAYARAN
- Fasa 1 : RM500
– September 2021 - Fasa 2 : RM500
– November 2021
PENDAFTARAN GKP 4.0
- Tarikh Permohonan : Pertengahan Julai 2021
I never get gkp
I never got my payment. Pls help because I am retired and having a hard time supporting my family.