PEMULIH – Senarai Bantuan Melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi.

Berikutan peningkatan kes Covid-19 di negara kita, Kerajaan terpaksa untuk meneruskan lagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dalam pelaksanaan PKP kali ini, ianya akan berjalan secara berfasa sehingga fasa ke empat dimana rakyat Malaysia akan menjalankan aktiviti seperti biasa.

Atas dasar prihatin kerajaan, sebentar tadi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin telah membuat satu Perutusan Khas dengan memperkenalkan pakej bantuan baru iaitu Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi. Ianya bertujuan bagi memberi bantuan dan kemudahan untuk rakyat Malaysia dalam menghadapi pelaksanaan PKP kali ini.

Untuk kali ini, pihak kami akan berkongsi maklumat terperinci kepada anda mengenai pakej bantuan yang diumumkan sebentar tadi iaitu PEMULIH.

PEMULIH

Melalui pakej bantuan PEMULIH ini, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM150 bilion ringgit merangkumi suntikan langsung fisikal Kerajaan sebanyak 10 bilion ringgit. PEMULIH bertujuan untuk memberikan bantuan menyeluruh kepada rakyat dan tertumpu kepada tiga fokus utama iaitu :

  • Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat,
  • Menyokong Perniagaan 
  • Meningkatkan Vaksinas

SENARAI BANTUAN PEMULIH

Beberapa bantuan yang Kerajaan akan laksanakan melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) ini, antaranya :
  • Bantuan Khas Covid Sehingga RM1300
  • Bantuan Hilang Pekerjaan (RM500)
  • Elaun Mencari Pekerjaan (RM300)
  • Bantuan Bakul Makanan
  • Peluasan Khidmat Sokongan Psikososial
  • Diskaun Bil Elektrik (40%)
  • Bantuan GKP 4.0 (RM500)
  • Program Subsidi Upah 4.0 (RM600)
  • Penciptaan Pekerjaan
  • Program Shop Malaysia Online
  • Bantuan Penggiat Seni
  • Pengusaha Kantin Sekolah (RM1000)
  • Bantuan Golongan Kurang Upaya
  • Penangguhan Bayaran Balik MARA
  • Bantuan PKS
  • Sektor Pelancongan
  • Pelaksanaan i-Citra KWSP (RM5000)
  • Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman
  • Pemberian Data 1GB Sehari (Hingga Disember)
Ini adalah diantara Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri sebentar tadi.

Untuk perkongsian berikutnya, pihak kami akan kongsikan maklumat secara terperinci mengenai setiap bantuan melalui pakej PEMULIH.

 

Leave a Comment