BANTUANSABAH/SARAWAK

BKSS 8.0 : Bayaran RM1,000 Untuk Peniaga Telah Di Kreditkan

Bantuan Penjaja BKSS 8.0

Januari lalu, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Gopeng telah mengumumkan, kerajaan negeri itu telah bersetuju untuk melaksanakan pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang 8.0 (BKSS 8.0). 

Pelbagai jenis bantuan yang diperkenalkan dan ditambahbaik melalui pakej BKSS 8.0 itu dalam menjamin kesejahteraan rakyat di negeri itu.

Baru-baru ini melalui perkongsian di media sosial, salah satu inisiatif dibawah BKSS 8.0 iaitu Bantuan Penjaja telahpun menerima bantuan tersebut.

Ikuti perkongsian dibawah untuk lebih lanjut.

BANTUAN GERAN KHAS PENJAJA

Bantuan Geran Khas Penjaja adalah bantuan untuk peniaga kecil dan penjaja yang terjejas oleh PKP semasa tempoh pandemik.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan bagi menerima Bantuan Penjaja ini :

  • Rakyat Sarawak yang tinggan dan berniaga di negeri itu
  • Berumur 18 tahun ke atas
Bagi peniaga dan penjaja kecil berlesen, Pihak Berkuasa Tempatan akan mengeluarkan maklumat mereka terus daripada sistem pelesenan sedia ada.

Pemohon yang berkelayakan :

  • Kedai makanan
  • Pasar
  • Kedai Kampung / Kedai Terpencil
  • Tukang Gunting Rambut / Salun Rambut
  • Kantin (Pemilik Individu)

KADAR BAYARAN 

Peniaga / penjaja yang layak akan menerima bayaran Geran Bantuan Penjaja BKSS 8.0 berjumlah :

  • RM1,000 (One-Off) 
Bayaran tersebut akan dikreditkan melalui SarawakPay

TARIKH BAYARAN

Baru-baru ini, difahamkan beberapa pengguna media sosial telahpun menerima bantuan ini yang dikreditkan melalui SarawakPay pada 3 Mac 2022.

Berikut adalah bukti perkongsian peniaga yang dah dapat bayaran bagi Bantuan Penjaja BKSS 8.0 :

Bantuan Penjaja BKSS 8.0

SENARAI INSENTIF BKSS 8.0

Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2022 8.0 kali ini yang bernilai RM285.47 juta dan ianya akan berjalan untuk tempoh 6 bulan sepanjang tahun 2022 ini. Ianya akan merangkumi untuk beberapa insentif untuk rakyat Sarawak iaitu :

Diskaun Bil

  • Elektrik – Melalui pelaksanaan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2022, diskaun akan diberikan : 
    • Diskaun 5% sehingga 25 % bermula bulan Januari – Jun 2022
    • Kos yang bernilai RM166.8 juta bakal memanfaatkan kepada 647,000 isirumah
  • Air – Melalui pelaksanaan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2022, diskaun akan diberikan : 
    • Diskaun 10% sehingga 25% bermula Jan – Jun 2022
    • Kos yang bernilai RM24.0 juta bakal memanfaatkan kepada 647,000 isirumah

Diskaun Sewa Skim Perumahan (HDC)

  • Bantuan Khas Sarawakku Sayang 8.0 kali ini, diskaun sehingga 50% sewa Skim Perumahan HDC bermula Januari – Jun 2022 dalam pelaksanaan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2022.
  • Kos yang bernilai RM2.6 juta bakal memanfaatkan lebih daripada 3200 penyewa di seluruh negeri Sarawak.

Pengecualian Bayaran Sewa Untuk PKS

  • Kerajaan Sarawak akan terus membuat pengecualian bayaran sewa kepada pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) yang beroperasi di premis-premis perniagaan milik Badan-Badan Berkanun dan syarikat-syarikat GLC bagi tempoh 6 bulan lagi bermula Januari – Jun 2022. Pengecualian ini adalah sama dalam pelaksanaan Bantuan Khas Sarawakku Sayang sebelum ini.

Diskaun Sewa Pasar Dan Gerai

  • Berbeza dengan Bantuan Khas Sarawakku Sayang sebelum ini, diskaun sehingga 50% akan diberikan kepada penyewa pasar dan gerai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk penjaja dan peniaga kecil yang bermula Januari – Jun 2022.
  • Ianya bakal memanfaatkan seramai 10,165 penjaja yang berdaftar.

Bayaran ONE-OFF Sebanyak RM500

Perkhidmatan Awam tidak terkecuali dalam mendapat manfaat melalui pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang 8.0 kali ini, bantuan RM500 akan diberikan kepada :
  • Pengusaha Penambang
  • Pengendali Van Penumpang Berdaftar
  • Pemandu Teksi
  • Pengendali Bas & Van Sekolah Yang Berdaftar

Bayaran ONE-OFF (Geran) Sebanyak RM1000

Melalui Bantuan Khas Sarawakku Sayang 8.0, penjaja dan peniaga kecil akan diberikan Geran Khas sebanyak :
  • RM1,000 (one-off)
Ianya bertujuan bagi membantu para penjaja dan peniaga kecil untuk meneruskan kelangsungan aktiviti perniagaan mereka. Bantuan Geran Khas ini bernilai RM87.5 juta.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif ini, sila rujuk laman berikut :

https://talikhidmat.sarawak.gov.my/

Tel : 082-555999.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button