Yayasan Bank Rakyat telah menawarkan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) untuk pendidikan peringkat tinggi dan Sijil Kemahiran, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Profesional, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PH.D) bagi warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan. Tawaran ini telah bermula pada 14 Jun 2021.
Untuk makluman, tujuan pembiayaan ini disediakan adalah bagi membantu pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia dengan membolehkan pelajar mendapatkan pendidikan di peringkat IPTA dan IPTS dalam negara.
Untuk kali ini, pihak kami akan kongsikan mengenai semakan syarat kelayakan serta cara memohon melalui Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah ini.
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan bagi pembiayaan ini akan dibuka mengikut peringkat seperti berikut :
Peringkat Pertama
Peringkat pertama melibatkan pemohonan bagi kemasukan ke pengajian seperti :
- Sijil Kemahiran
- Diploma Kemahiran
- Diploma
- 14 Jun – 30 Julai 2021
Peringkat Kedua
- Ijazah Sarjana Muda
- Sarjana
- Sijil Profesional
- 14 Ogos – 30 September 2021
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
- Terbuka kepada Rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan tanpa mengira bangsa, agama dan etnik
- Berkelayakan penuh masa di IPTA/IPTS tempatan yang diiktiraf Kerajaan
- Hanya bidang pengajian yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) / Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)/ Majlis Lantikan Vokasional Malaysia (NVTC)/Agensi Kerajaan (Malaysia) yang berkenaan dan diakui oleh Lembaga Pemegang Amanah YBR
- Pengajian SEPENUH MASA sahaja
- Mesti mempunyai akaun simpanan Bank Rakyat dengan baki minimum RM100
- Berumur tidak kurang 18 tahun semasa menerima tawaran belajar
- Tidak melebihi 30 tahun setelah tamat belajar
KADAR PEMBIAYAAN
- Peringkat Sijil Kemahiran : Sehingga RM30,000 untuk 3 tahun (RM400 sebulan + Yuran Pengajian)
- Peringkat Diploma : Maksimum RM7,500 setahun (UiTM & Politeknik hanya RM6,500) – Yuran Pengajian + Elaun
- Peringkat Profesional : Maksimum RM28,500 untuk 2 tahun (Yuran Pengajian + Elaun)
- Peringkat Sarjana : Maksimum RM12,000 setahun (Yuran Pengajian + ELaun)
- Peringkat PhD : Maksimum RM55,800 bagi tempoh 2 tahun (RM800 sebulan + Yuran Pengajian)
PEMBAYARAN SEMULA PINJAMAN
- Setiap permohonan hendaklah melalui Yayasan Bank Rakyat
- Sila pastikan pemohon mempunyai surat tawaran
- Buat pendaftaran akaun terlebih dahulu
- Lengkapkan borang permohonan secara online yang disediakan
- Cetak dokumen berkaitan untuk rujukan peribadi
- Selepas tutup permohonan, pemohon diminta untuk menjawab beberapa kuiz yang disediakan
- Pemohon yang layak akan diumumkan di laman web Yayasan Bank Rakyat dan surat tawaran akan diberikan.