RASMI! TARIKH RAYUAN BPR FASA 2 AKAN DI BUKA PADA 15 JUN.

judul gambar

Kita sedia maklum bahawa, bayaran Bantuan Prihatin Rakyat 2021 bagi Fasa 2 telah mula dilaksanakan pada 7 Mei lalu dan diagihkan secara berperingkat ke akaun penerima masing-masing.

Walaubagaimanapun, Kerajaan sedar bahawa mungkin masih ada rakyat yang layak menerima BPR tetapi masih belum didaftarkan di dalam pangkalan data Kerajaan ataupun hasil daripada semakan BPR Fasa 2 adalah berstatus GAGAL.

Oleh itu, untuk makluman anda, tempoh rayuan bagi permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 2 akan di buka tidak lama lagi. Ikuti perkongsian di bawah ini dengan lebih lanjut.

KOD ALASAN BPR FASA 2 GAGAL

Menurut LHDN, kelayakan untuk bantuan ini adalah berdasarkan semakan verifikasi kelayakan yang dibuat selepas tarikh tutup pendaftaran BPR 2021. Berikut adalah antara alasan kenapa anda tidak layak :

  • 05 – Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan
  • 12 – Pemohon ada berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
  • 36 – Pemohon /pasangan merupakan penerima GKP
  • 31 – Status perkahwinan perlu pengesahan
  • 39 – Semakan pendapatan yang dilaporkan melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan

TARIKH RAYUAN BPR FASA DUA

Untuk anda yang berstatus GAGAL hasil daripada semakan, jangan risau kerana tempoh rayuan bagi permohonan Bantuan Prihatin Rakyat Fasa 2 akan di buka pada :

  • 15 Jun hingga 30 Jun 2021

KAEDAH MEMBUAT RAYUAN

Berikut adalah cara untuk membuat rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

  • Klik pada ikon ‘Rayuan’ (mulai 15 Jun 2021)
  • Masukkan nombor kad pengenalan (Mykad) dan klik pada butang carian.
  • Ikuti langkah berikutnya dan lengkapkan borang sehingga selesai.
  • Pastikan anda mengemukakan dokumen sokongan sebagai bukti / tindakan terhadap kod alasan tidak lulus BPR Fasa 2.


SOALAN LAZIM


Siapakah yang layak membuat Permohonan Rayuan BPR 2021? 
Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan BPR 2021 adalah:                     – Pemohon yang berstatus Tidak Lulus BPR 2021
– Pemohon yang berstatus Lulus BPR 2021 dan terhad kepada rayuan bagi                    tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan                                  pendapatan sahaja.

Bagaimanakah kaedah Permohonan Rayuan BPR 2021?
Permohonan Rayuan BPR 2021 boleh dibuat seperti berikut:
-Secara dalam talian di Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my ; atau 
-Penghantaran Borang Rayuan BPR 2021 di Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM yang berhampiran secara janji temu.

Bagaimanakah janji temu boleh dibuat untuk hadir ke Cawangan LHDNM? 
Janji temu boleh dibuat secara dalam talian di Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my. Kaedah janji temu boleh dirujuk pada Panduan Pengguna Janji Temu. 

Leave a Comment