BANTUANPERMOHONAN/SEMAKAN

RM800 UNTUK ANDA YANG BELUM MEMILIKI PEKERJAAN

Sebelum ini, Program Perantisan PERKESO di bawah PenjanaKerjaya 2.0 hanya menawarkan insentif sebanyak RM1000 sebulan bagi tempoh 3 bulan sahaja.

Namun, program ini telah ditambah baik di mana ianya akan berjalan selama 6 bulan bagi memastikan latihan yang diberikan lebih panjang dan mencukupi. Perkara ini telah di umumkan oleh Perdana Menteri di mana beliau memperkenalkan satu lagi program yang di kenali sebagai Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).

Untuk kali ini, pihak kami akan berkongsi maklumat terperinci mengenai Program Perantisan PERKESO dibawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA)

PROGRAM PERANTISAN PERKESO (PEMERKASA)

Untuk makluman anda, Program Perantisan PERKESO di bawah PEMERKASA ini adalah program yang telah ditambah baik dibawa PenjanaKerjaya 2.0 yang telah dilaksanakan sebelum ini setelah Kerajaan mengambil kira maklum balas daripada pihak industri.

KADAR BAYARAN & TARIKH PERMOHONAN

Berikut adalah kadar bayaran berserta tarikh permohonan mengikut program :

Program Perantisan Asal (PenjanaKerjaya 2.0)

Tempoh : 3 Bulan
Jumlah Bayaran : RM1,000

Program Perantisan PERKESO (PEMERKASA)

Tempoh : 6 Bulan
Jumlah Bayaran : RM800
Tarikh Permohonan : 1 April 2021

Program Perantisan PERKESO Pemerkasa (Lanjutan Perantisan Asal)

Tempoh : 3 Bulan(Asal) + 3 Bulan(Lanjutan)
Jumlah Bayaran : RM1,000(3 Bulan Pertama) + RM600 (3 Bulan Lanjutan)
Tarikh Permohonan : 15 April 2021

SYARAT PERMOHONAN


Beberapa syarat permohonan yang telah ditetapkan untuk para Majikan dan Perantis membuat permohonan, antaranya seperti berikut :

Majikan

  • Majikan yang menggajikan seseorang graduan atau lepasa sekolah yang berumur di antara 18 – 30 tahun.
  • Majikan boleh menggajikan mana-mana PErantis mengikuti Program Perantisan yang dilaksanakan oleh syarikat dan badan-badan berkanun yang diasingkan saran daripada Sistem Saraan Kerajaan.
Perantis
  • Calon yang digajikan hendaklah merupakan dari kalangan lepasan sekolah
  • Graduan yang masih menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap

SYARAT KELAYAKAN


Berbeza dengan syarat permohonan yang telah dinyatakan, bagi syarat kelayakan adalah seperti berikut :
  • Majikan yang mengambil perantis di bawah PenjanaKerjaya layak memohon untuk pekerjanya menjalani latihan semula atau peningkatan berdasarkan keperluan pekerjaan atau perusahaan berkenaan.
  • Hanya kursus yang dikenal pasti bersesuaian dengan keperluan industri akan diluluskan.
  • Setiap perantis yang tersenarai di bawah PenjanaKerjaya 2.0 hanya boleh mengikuti 1 kursus sahaja.
Nota : Bagi syarikat yang mengambil pelajar menjalani Latihan Industri (Internship) / Pelajar yang masih belum tamat pengajian / Bukan Warganegara Malaysia, mereka ini adalah tidak layak memohon bagi program ini.

CARA PERMOHONAN


Berikut adalah cara dan langkah-langkah untuk majikan dan perantis membuat permohonan. Sila ikuti langkah berikut :

Majikan

Perantis

  • Untuk perantis yang ingin membuat permohonan, bolehlah memohon pekerjaan di bawah Program Perantisan PERKESO melalui portal rasmi iaitu : https://www.myfuturejobs.gov.my/

SOALAN LAZIM


1. Adakah syarikat perlu berdaftar dan mengiklankan kekosongan pekerjaan bagi perantisan di portal MYFutureJobs?
  • Ya. Syarikat perlu berdaftar dan mengiklankan kekosongan jawatan bagi perantisan di Portal MYFutureJobs.

2. Adakah perantis yang diambil bekerja di bawah Program Perantisan ini perlu mencarum dengan PERKESO?
  • Ya. Setiap perantis yang diambil bekerja di bawah program ini perlu mencarum dengan PERKESO. 
3. Sekiranya perantis tidak dibayar gaji/elaun, kepada siapakah mereka boleh melakukan aduan?
  • Perantis yang tidak dibayar elaun atau gaji ataupun tidak diberikan latihan di tempat kerja, mereka boleh melakukan aduan di PERKESO melalui emel penjanakerjaya@perkeso.gov.my

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button