BANTUAN

CARA MOHON MORATORIUM MAYBANK (B40 / M40 / PKS)

Untuk makluman anda, Moratorium secara Automatik adalah diantara yang terkandung dalam pelaksanaan PEMERKASA PLUS. Perkara ini telah diumumkan melalui perutusan khas Bantuan PKP 3.0 oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Untuk maklumat terperinci mengenai moratorium ini, anda boleh rujuk di sini  Moratorium secara Automatik.

Bagi golongan B40 , M40 dan PKS yang memerlukan moratorium atau bantuan bayaran balik pinjaman dan merupakan pelanggan di Maybank, anda tidak perlu untuk datang ke kaunter Maybank, tapi anda hanya perlu melalui Maybank2u sahaja.

Untuk kali ini, kami akan berkongsi bagaimana cara untuk memohon melalui Maybank2u. Ikuti perkongsian dibawah ini.


CARA MOHON MORATORIUM MAYBANK

Bagi golongan  B40 dan juga merupakan pelanggan yang berdaftar dipangkalan data Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang pendapatan isi rumahnya terjejas akibat Covid-19, pihak Maybank telah mempermudahkan proses permohonan di mana, hanya dokomen pembuktian (seld-declaration) yang diperlukan untuk proses permohonan seperti :

  • Pelanggan yang bekerja : Slip gaji 1 bulan terkini
  • Pelanggan yang bekerja sendiri :
    * Sekiranya akaun utama anda di Maybank, sebarang dokumen tidak diperlukan
    * Sekiranya akaun utama anda di bank lain, penyata bank selama 3 bulan terkini diperlukan
  • Surat tamat perkhidmatan / berhenti kerja dari majikan dan / atau sebarang dokumen sokongan untuk permohonan anda
  • Surat pemotongan gaji dari majikan anda dan / atau sebarang dokumen sokongan untuk permohonan anda
Berikut dikongsikan cara mohon moratorium di Maybank : 

Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Golongan B40 & M40

  • Sila layari portal rasmi maybank2u iaitu : https://www.maybank2u.com.my/
  • Klik Covid-19 Assistance  di bahagian bawah

  • Pilih kategori anda
    – B40 : TRA – targeted Repaymrent Assistance
    – M40 : Ra – Repayment Assistance
  • Klik “Sent email for TRA’ atau “Send email for RA”
  • Anda juga boleh menghantar permohonan anda berserta dokumen sokongan ke emel : wessist@maybank.com

Bantuan Bayaran Balik Pinjaman PKS
 
Bagi PKS yang memerlukan bantuan bayaran balik pinjaman atau ingin memohon moratorium, anda boleh melakukannya dengan menghantar email berserta dokumen sokongan ke : 
  • SMErelief@maybank.com

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button