BANTUAN

PEMERKASA PLUS : MORATORIUM SECARA AUTOMATIK

Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin telah membuat satu Perutusan Khas bagi Bantuan PKP 3.0 di mana pihak Kerajaan akan membuat penambahbaikan melalui program PEMERKASA sebelum ini kepada PEMERKASA TAMBAHAN.

Perkara ini diumumkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) akan mula dilaksanakan bermula, 1 Jun sehingga 14 Jun 2021.  

Terdapat 3 matlamat dalam menjayakan PEMERKASA TAMBAHAN kali ini iaitu :

  • Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam
  • Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat
  • Menyokong Kelangsungan Perniagaan
Untuk makluman anda, Moratorium secara Automatik adalah diantara yang terkandung dalam pelaksanaan PEMERKASA PLUS. Oleh itu, kali ini pihak kami akan kongsikan secara terperinci mengenainya.


MORATORIUM AUTOMATIK

Hasil dari perbincangan bersama Bank Negara Malaysia (BNM), industri perbankan telah memberi jaminan dan komitmen penuh untuk terus memberikan bantuan pembayaran balik pinjaman dan moratorium.

Sekiranya anda diantara golongan B40 ataupun diantara rakyat yang terjejas seperti kehilangan pekerjaan, perusahaan mikdro dan PKS yan tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh pelaksanaan PKP, maka anda akan diberi dua pilihan samada :
  • Mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama 3 bulan ;
  • Memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% dalam tempoh 6 bulan.


TARIKH PELAKSANAAN

Tarikh pelaksanaan bantuan ini dijangka pada bulan Jun. Namun, tarikh rasmi pelaksanaannya belum dinyatakan lagi.


CARA MOHON

Sebarang permohonan moratorium ini, para peminjam boleh menghubungi bank masing-masing untuk mendapatkan manfaat bantuan ini.


Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button