BKSS 6.0 AKAN DILAKSANAKAN PADA JULAI INI
Berita baik untuk rakyat Sarawak di mana Kerajaan negeri akan melaksanakan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 6.0). Untuk kali ini, bagi melaksanakan bantuan ini, ianya akan melibatkan peruntukan berjumlah RM1.4 bilion.
Untuk makluman, sebelum ini Kerajaan Sarawak telah melaksanakan 5 pakej BKSS yang memperuntukkan dana sebanyak RM3.1 bilion, bertujuan untuk meringankan beban rakyatnya.
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, bantuan khas yang akan disalurkan ini merangkumi 9 langkah pembayaran tunai dan 6 langkah pemberian diskaun.
Oleh itu, pada kali ini pihak kami akan kongsikan apa yang terkandung dalam pelaksanaan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 6.0).
BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG (BKSS 6.0)
Inisiatif ini bertujuan adalah bagi meringankan beban rakyat dalam menghadapi kesan penularan Covid-19 dan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini bermula 29 Mei hingga 11 Jun.
TARIKH BKSS 6.0 DILAKSANAKAN
- Julai 2021
15 SENARAI BANTUAN DALAM BKSS 6.0
- Pemberian tunai sebanyak RM250 sebulan kepada ketua isi rumah B40. Pemberian ini adalah selama tempoh 6 bulan. Bermula 31 Julai hingga 31 Disember 2021.
- Elaun petugas barisan hadapan (frontliner) RM200 -RM300 selama 6 bulan bermula Julai 2021.
- Penjaja dan peniaga kecil akan menerima RM1500. Bayaran pertama RM750 pada Julai dan selebihnya pada Disember 2021 (melalui Sarawak Pay).
- RM500 secara one off kepada pemilik dan pengendali penambang berdaftar.
- RM500 secara one-off kepada pemandu e-hailing dan pengajar sekolah memandu.
- RM600 diberikan kepada pengendali van penumpang, pemandu teksi dan pengendali bas dan van sekolah yang berdaftar.
- RM1500 diberikan kepada pengamal media.
- Pemberian RM500 – RM3000 kepada pihak dan individu yang terlibat di dalam industri pelancongan.
- Diskaun 25% taksiran cukai pintu.
- Diskaun 50% Skim Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak.
- Pemberian bakul makanan kepada isi rumah terjejas.
- 30% diskaun cukai tanah
- Penangguhan premium tanah
- Pengecualian bayaran permit dan lesen perniagaan
- Pengecualaian pembayaran lesen hotel dan rumah tumpangan.