BANTUANKWSPPERMOHONAN/SEMAKAN

i-Sinar : Tarikh Rasmi Bagi Bayaran Bulan Jun 2021

Seperti yang kita tahu, tempoh bayaran bagi permohonan i-Sinar hanyalah selama 6 bulan sahaja dan bakal berakhir pada bulan Jun ini, di mana ianya telah mula dikreditkan ke akaun ahli KWSP pada Januari lalu.

Disebabkan tempoh pembayaran i-Sinar hanya selama 6 bulan sahaja, sudah pasti ramai tertanya-tanya bilakah tarikh rasmi pembayaran i-Sinar bagi bulan Jun iaitu pembayaran bagi bulan terakhir.

Ikuti perkongsian di bawah ini mengenai maklumat terkini pembayaran i-Sinar KWSP bagi bulan Jun 2021.

TARIKH BAYARAN I-SINAR JUN 2021

Kita sedia maklum mengenai pembayaran i-Sinar sebelum ini akan di lakukan secara berperingkat. Begitu juga dengan bayaran bagi bulan Jun ini yang dijangka pada :

  • 1 Jun sehingga 10 Jun 2021 (bermula minggu pertama hari bekerja)
Pada kebiasaannya, pengkreditan amaun ke dalam akaun bank masing-masing adalah dalam masa 1-5 hari bekerja bergantung pada bank masing-masing.


SEMAKAN STATUS I-SINAR (I-AKAUN)

Bagi anda yang ingin membuat semakan mengenai status permohonan i-Sinar, anda boleh melakukannya dengan menggunakan i-Akaun. Berikut adalah cara untuk anda melakukan semakan tarikh bayaran :

  • Sila buka aplikasi i-Akaun di : https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
  • Masukkan ID dan Password yang anda telah daftarkan
  • Semakn pada bahagian Sejarah Pengeluaran di ruangan sebelah kiri
  • Klik i-Sinar dalam jadual baris kedua
  • Status permohonan i-Sinar anda akan dipaparkan 
TARIKH AKHIR PERMOHONAN I-SINAR

Bagi anda yang ingin membuat permohonan i-Sinar, masih belum terlambat lagi kerana tarikh akhir permohonan adalah pada 30 Jun 2021.

MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan i-Sinar KWSP, anda boleh hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848 atau rujuk soalan berkenaan i-Sinar di laman web https://isinar.kwsp.gov.my/ 


Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button