BANTUAN

Tersilap Memilih Pakej Atau Telekomunikasi Ketika Membuat Permohonan Program Jaringan Prihatin? Ini Cara Penyelesaiannya!

Jaringan Prihatin kini menjadi isu yang hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia di laman media sosial ketika ini khususnya kepada penerima Bantuan Prihatin Malaysia yang telah dilaksanakan baru-baru ini.

Untuk pengetahuan anda, pakej Jaringan Prihatin ini telah bermula pada 5 Mei sehingga hujung Julai nanti. Namun, apa yang kami lihat, ramai pemohon yang membuat kesilapan ketika memilih pakej yang ditawarkan melalui Pakej Jaringan Prihatin ini.

Oleh itu, kali ini kami akan kongsikan bagaimana cara sekiranya anda ingin bertukar tawaran ke syarikat telekomunikasi lain setelah berdaftar dengan syarikat yang sebelum ini. Makluman, sebarang penukaran hanya dibenarkan sebanyak 3 kali sahaja.

PAKEJ JARINGAN PRIHATIN

Menerusi kerjasama antara Kementerian Kewangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta dua belas syarikat telekomunikasi yang ada di Malaysia, satu program telah di perkenalkan yang dikenali sebagai Program Jaringan Prihatin.

Program yang berjumlah RM3.5 bilion ini adalah sebuah inisiatif di bawah Belanjawan 2021 di mana bakal memanfaatkan kepada 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) mendapatkan bantuan bagi perkhidmatan data internet atau pembelian telefon bimbit.

Sebanyak 12 syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam pelaksanaan program Jaringan Prihatin ini antaranya seperti :

  • Celcom
  • Digi
  • Maxis
  • Mcalls
  • redONE
  • speakOUT
  • TuneTalk
  • UMobile
  • unifi Mobile
  • XOX Mobile
  • YES
  • Yoodo
CARA MEMBUAT PEMBATALAN

Ikuti perkongsian berikut bagaimana cara untuk membuat pembatalan dan pendaftaran semula syarikat telekomunikasi :

1.    Hubungi syarikat telekomunikasi yang telah anda daftarkan untuk Program Jaringan Prihatin
2.   Batalkan pelan Jaringan Prihatin yang sedang anda langgani
3.   Lakukan pendaftaran semula dengan syarikat telekomunikasi baharu selepas 30 hari dari tarikh langganan terakhir anda.
4.   Untuk lebih lanjut, sila rujuk pautan di bawah :


Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button