Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) merupakan satu lagi program yang telah diperkenalkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika beliau berucap dalam satu Pengumuman Khas baru-baru ini. Melalui bantuan ini, ia membabitkan peruntukan bernilai RM20 bilion.
Ianya bertujuan bagi melonjakkan lagi pertumbuhan ekonomi, menyokong perniagaan dan meneruskan bantuan bersasar kepada rakyat dan sektor yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
Untuk kali ini, pihak kami akan berkongsi mengenai salah satu inisiatif di antara 20 inisiatif yang terkandung dalam pelaksanaan program PEMERKASA iaitu, bantuan kredit menerusi Program eBelia RM150.
E-BELIA PEMERKASA
Sebelum ini, RM200 juta telah diperuntukkan di bawah Belanjawan 2021 untuk menyalurkan RM100 bantuan kredit e-tunai kepada belia yang berkelayakan.
Menerusi program PEMERKASA, Kerajaan telah bersetuju untuk menambah baik program ini dengan meningkatkan jumlah peruntukan kepada RM300 juta. Ini bermakna, setiap belia / pelajar IPT yang layak akan mendapat RM150 e-kredit dari penyedia perkhidmatan e-tunai seperti BigPay, Boost, Shopee dan Touch ‘n Go eWallet.
TARIKH RASMI PENEBUSAN E-WALLET RM150
Menerusi kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia pada hari kelmarin, penebusan bantuan ini boleh dilakukan bemula :
- 1 Jun hingga 22 Julai 2021
- Belia berumur 18-20 tahun
- Belia yang sedang belajar di IPT secara sepenuh masa sahaja (diploma / SKM4 ke atas)