BANTUANGKPPERMOHONAN/SEMAKAN

GKP TAMBAHAN : Tarikh Kemaskini Bagi Permohonan Yang Berstatus GAGAL KREDIT

Baru-baru ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) telah memaklumkan melalui kenyataan rasminya, di mana inidividu yang belum menerima bayaran Geran Khas Prihatin Tambahan (GKP) di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) dinasihatkan supaya untuk membuat semakan semula.

Bagi pemohon yang telah membuat permohonan GKP Tambahan sebelum ini dan diluluskan namun berstatus Gagal Kredit, anda juga dinasihatkan agar untuk membuat kemaskini maklumat akaun bank dengan segera.

Untuk pengetahuan anda, bayaran Geran Khas Prihatin Tambahan (GKP) ini telah mula dilaksanakan pada 25 Mac lalu.


TARIKH KEMASKINI MAKLUMAT AKAUN GKP TAMBAHAN

Untuk makluman, tarikh untuk membuat kemaskini maklumat akaun bagi GKP Tambahan telah pun bermula iaitu pada :

  • 5 Mei 2021 sehingga 19 Mei 2021


GERAN KHAS PRIHATIN TAMBAHAN

GKP Tambahan ataupun Geran Khas Prihatin Tambahan adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro yang telah menerima bantuan Geran Khas Prihatin 1.0 dan 2.0 sebelum ini.

Perkara ini telah diluluskan menerusi pengumuman yang telah di buat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan satu lagi bantuan khas pada Januari lalu iaitu Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI).

Beliau berkata, Geran Khas Prihatin Tambahan ini bakal memanfaatkan seramai 800,000 peniaga kecil dan sederhana (PKS) di mana ianya melibatkan peruntukan sebanyak RM650 juta.

SYARAT KELAYAKAN GKP TAMBAHAN

Beberapa syarat kelayakan telah ditetapkan bagi setiap permohonan yang ingin dipohon oleh pemohon, antaranya :

1.    Usahawan tersebut adalah pemilik PKS mikro dan merupakan Warganegara Malaysia
2.    Usahawan tersebut masih aktif menjalankan perniagaan
3.    Jumlah jualan atau perolehan kurang daripada RM300,000
4.    Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 5 orang termasuk pemilik perniagaan
5.    Usahawan perlu bedaftar dengan LHDNM atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysa (SSM) sebelum atau pada 30 Ogos 2021

Nota : Bagi anda yang ingin membuat semakan, anda boleh melakukannya secara atas talian dengan mengunjungi portal rasmi GKP iaitu : https://gkp.hasil.gov.my/
KEMASKINI AKAUN BANK

Berikut adalah cara untuk membuat kemaskini akaun bank pemohon iaitu :
  • Pergi ke portal rasmi GKP di : https://gkp.hasil.gov.my/
  • Klik ‘Log Masuk’
  • Masukkan No. Kad Pengenalan dan klik ‘Semak”
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik pada profil dan kemaskini akaun bank anda

Soalan Lazim

1. Apakah Geran Khas Prihatin Tambahan (GKP Tambahan) di bawah Pakej PERMAI? 

GKP Tambahan adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini. 

2. Siapakah yang akan menerima GKP Tambahan? 

GKP Tambahan akan diberikan kepada penerima yang lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0 termasuk rayuan. 

3. Berapakah amaun bantuan GKP Tambahan? 

    Amaun bantuan GKP Tambahan secara one-off adalah seperti berikut:

  • PKS mikro bagi negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – RM1,000 
  • PKS mikro bagi lain-lain negeri – RM500
4. Bilakah tarikh tempoh Kemaskini Akaun Bank GKP Tambahan boleh dibuat?
    
    Bermula 5 Mei 2021 sehingga 19 Mei 2021 

5. Bagaimanakah kaedah pembayaran GKP Tambahan akan dilaksanakan? 

    Kaedah pembayaran adalah sama seperti pelaksanaan GKP 1.0 dan GKP 2.0 iaitu     dikreditkan ke akaun bank simpanan atau semasa peribadi penerima yang            didaftarkan pada permohonan GKP sebelum ini. Pembayaran hanya dikreditkan     kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja. 


Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button