Alasan Mengapa Bayaran BPR Fasa Kedua Anda TIDAK LULUS Serta Cara Membuat Rayuan

judul gambar

Bermula 7 Mei baru-baru ini, bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) fasa kedua telah mula dikreditkan ke akaun masing2 dimana pembayaran akan dilakukan secara berperingkat.

Seperti yang dimaklumkan, permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 yang layak menerima bayaran Fasa Kedua adalah merujuk kepada Permohonan BPR 2021 berstatus LULUS dan melepasi semakan verifikasi kelayakan.

judul gambar

Apa yang dilihat melalui perkongsian daripada penerima BPR di media sosial seperti Facebook, kebanyakannya keliru dan ada yang berasa kecewa disebabkan bayaran BPR Fasa Kedua mereka berstatus TIDAK LULUS, sedangkan bayaran BPR Fasa Pertama sebelum ini LULUS.

Untuk kali ini, pihak kami akan kongsikan mengapa status bayaran BPR 2021 Fasa Kedua tidak lulus berserta cara penyelesaiannya.


BAYARAN BPR 2021 FASA KEDUA TIDAK LULUS

Seperti yang dimaklumkan oleh pihak LHDN melalui kenyataan rasminya sebelum ini, permohonan BPR 2021 yang layak menerima bayaran bagi Fasa Kedua adalah merujuk kepada permohonan BPR 2021 berstatus LULUS dan MELEPASI SEMAKAN bertifikasi kelayakan.



Ini bermakna, untuk bayaran BPR 2021 bagi Fasa Kedua ini pihak LHDN telah membuat tapisan secara terperinci berkenaan kelayakan si pemohon. Ianya bertujuan agar bantuan ini disalurkan kepada pemohon yang benar-benar layak menerima berserta syarat kelayakan yang telah ditetapkan.


ALASAN BPR 2021 FASA KEDUA TIDAK LULUS

Setiap status permohonan hasil daripada semakan yang berstatus tidak lulus, terdapat lima kod alasan mengapa bayaran bagi Fasa Kedua tidak lulus. Ianya adalah seperti berikut :

  • 05 – Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan
  • 12  – Pemohon berdaftar sebagai Pemegan Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
  • 36 – Pemohon / pasangan adalah penerima GKP
  • 31 – Status perkahwinan perlu pengesahan
  • 39 – Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan

RAYUAN FASA KEDUA BPR 2021

Kepada penerima yang gagal ataupun status bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) fasa kedua ini tidak berjaya, anda boleh membuat permohonan rayuan. Ianya bertujuan bagi memastikan program BPR disasarkan kepada penerima yang benar-benar layak untuk menerima bantuan ini. 

Tempoh permohonan rayuan akan dibuka pada :

  • 15 hingga 30 Jun 2021
Sekiranya permohonan bagi rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) telah dibuka, anda bolehlah membuat permohonan rayuan di :
Dengan adanya proses rayuan ini, sebahagian daripada mereka yang ditolak permohonannya masih diberi peluang untuk mengemukakan rayuan. Sila pastikan data anda lengkap dan tepat ketika mengisi permohonan rayuan beserta dokumen sokongan yang lengkap.

Nota : Tarikh bayaran bagi permohonan rayuan masih belum dimaklumkan. Pihak kami akan maklumkan sekiranya makluman mengenainya telah dinyatakan. Oleh itu, orang ramai diminta untuk menunggu keputusan semakan.


1 thought on “Alasan Mengapa Bayaran BPR Fasa Kedua Anda TIDAK LULUS Serta Cara Membuat Rayuan”

Leave a Comment