RASMI : Bayaran BPR Fasa 2 Akan Dilaksanakan Bermula 7 Mei 2021

RASMI! 
Penerima BPR Fasa Kedua Menarik Nafas Lega Setelah Tarikh Bayaran Bakal Dilaksanakan Sebelum Aidilfitri. 

Kita sedia maklum, Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah nama gantian untuk bantuan sebelum ini iaitu Bantuan Sara Hidup (BSH). Ia telah dilancarkan ketika pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Walaubagaimanapun, pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bagi fasa 1 telah pun selesai dilaksanakan pada Februari lalu.

Akan tetapi, kebanyakan rakyat Malaysia masih tertanya-tanya bilakah bayaran Bantuan Prihatin Rakyat Fasa 2 (BPR) bakal dilaksanakan? Segalanya akan terjawab kerana untuk kali ini kami akan kongsikan maklumat rasmi dan terperinci mengenai bayaran BPR Fasa 2 yang bakal dilaksanakan.


BANTUAN PRIHATIN RAKYAT 2021

Melalui Bantuan Prihatin Rakyat 2021 ini, terdapat penambahan pada kadar bantuan sehingga RM1,800. Berikut adalah kadar jumlah bantuan yang bakal memanfaatkan seramai 8.1 juta rakyat Malaysia :

Isi rumah berpendapatan dibawah RM2,500

  • 1 orang anak (RM1,200)
  • 2 orang anak atau lebih (RM1,800)

Isi rumah berpendapatan RM2,501 – RM4,000

  • 1 orang anak (RM800)
  • 2 orang anak atau lebih (RM1,200)

Bujang berpendapatan dibawah RM2,500

  • 21 tahun ke atas (RM350)

TARIKH BAYARAN BPR FASA 2

Seperti yang telah diumumkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) sebelum ini, bayaran bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dilakukan melalui 3 Fasa iaitu :
  • Fasa 1 – Februari 2021 (Telah selesai)
  • Fasa 2 – Mei 2021
  • Fasa 3 – September 2021
Tebaru, menerusi kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan oleh Menteri Kewangan Malaysia – Kementerian Kewangan Malaysia pada hari kelmarin, tarikh rasmi bayaran bagi Bantuan Prihatin Rakyat Fasa 2 adalah :
  • 7 Mei 2021
  • 17 Mei 2021 – Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk Sabah & Sarawak)
Pembayaran BPR fasa 2 yang bernilai RM2.75 Bilion ini bakal memanfaatkan jumlah penerima yang sama, di mana ianya merangkumi :
  • 3.6 juta isi rumah
  • 1.0 juta warga emas
  • 3.8 juta individu bujan 
Nota : Bayaran akan dilaksanakan secara berperingkat yang akan dikreditkan ke akaun masing-masing.

KADAR BAYARAN BPR FASA 2

Kita sedia maklum, pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat ini akan dilaksanakan melalui 3 Fasa iaitu Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3. Bagi Fasa 2 ini pula, para penerima akan menerima bantuan pada kadar yang telah ditetapkan mengikut kategori iaitu :
  • Individu Bujang < RM2,500
    RM200 (tiada fasa 3)

  • Isi Rumah < RM2,500
    > RM400 (0-1 orang anak)
    > RM400 (2 dan ke atas orang anak)

  • Isi Rumah Antara RM2,501 – RM4,000
    > RM300 (0-1 orang anak)
    > RM300 (2 dan ke atas orang anak)

  • Isi Rumah Antara RM4,001 – RM5,000

    > RM100 (0-1 orang anak)
    > RM250 (2 dan ke atas orang anak) 



SEMAKAN STATUS BPR 2021

Bagi anda yang ingin membuat Semakan Status BPR 2021 , anda boleh melakukannya secara online melalui web rasmi Bantuan Prihatin Rakyat iaitu :



1 thought on “RASMI : Bayaran BPR Fasa 2 Akan Dilaksanakan Bermula 7 Mei 2021”

  1. Saya dah lulus apa2 pun terima kasih la yg biar jumlah yg d harapkan tak sama dgn yg dkredit kan.sebb mau raya mau pakai duit,tpi apa2 pun terima kasih la jg kepada kerajaan kt atas Telah meluluskan bantuan BPR

    Reply

Leave a Comment