Tarikh Rasmi Bayaran i-Sinar Bagi Bulan Mei

Para ahli KWSP sedia maklum mengenai bayaran i-Sinar bulan Mac telah dibuat lebih awal daripada yang dijangkakan, iaitu pada Februari lalu. Bagi bayaran April pula, ianya telah dilaksanakan sehingga minggu kedua pada April lalu.

Buat masa sekarang, ramai yang tertanya-tanya mengenai bayaran untuk bulan Mei bila akan dilaksanakan? Sudah tentu ramai yang ternanti-nanti dengan harapan bayaran bagi bulan Mei ini dapat dilaksanakan sebelum raya nanti. Untuk makluman anda, bayaran akan dibuat secara berperingkat dan para ahli KWSP boleh membuat semakan secara online melalui i-Akaun masing-masing.

Untuk kali ini, kami akan kongsikan maklumat lanjut mengenai tarikh bayaran i-Sinar bagi bulan Mei serta panduan cara untuk membuat semakan.


TARIKH RASMI BAYARAN I-SINAR MEI

Untuk makluman anda, pembayaran i-Sinar bagi bulan Mei akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing secara berperingkat yang akan bermula pada :

* 3 Mei 2021 – Ahli yang menerima bayaran sebelum ini pada tarikh 1 April
* 4 Mei 2021 – Ahli yang menerima bayaran sebelum ini pada tarikh 2 April
Dan begitulah seterusnya. Pembayaran ini ialah mengikut batch masing-masing.


PANDUAN MEMBUAT SEMAKAN I-SINAR

Terdapat dua cara untuk membuat semakan ini, samada melalui i-Sinar Online ataupun melalui i-Akaun KWSP. Berikut adalah cara-caranya untuk membuat semakan permohonan anda :

i-Sinar Online

  1. Sila layari portal rasmi i-Sinar untuk semakan iaitu : https://isinar.kwsp.gov.my/
  2. Sila klik bahagian “Semak Status
  3. Sila masukkan No Kad Pengenalan dan No Telefon Bimbit yang telah didaftarkan
  4. Klik pada kotak “Saya Bukan Robot
  5. Sila klik butan “Semak Status
  6. Keputusan mengenai status permohonan anda akan dipaparkan


i – Akaun KWSP

Anda juga boleh membuat semakan melalui i-Akaun KWSP. Berikut adalah cara-cara nya untuk membuat semakan status anda :
  1. Sila layari : https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Sila masukkan No ID dan Kata Laluan anda untuk log masuk
  3. Sila klik pada Peti Masuk 
  4. Keputusan mengenai status permohonan anda akan di paparkan


Leave a Comment