BPRPERMOHONAN/SEMAKAN

BPR Fasa 2 : Tarikh Dan Cara Membuat Semakan


Kita sedia maklum, Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah nama gantian untuk bantuan sebelum ini iaitu Bantuan Sara Hidup (BSH). Ia telah dilancarkan ketika pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Walaubagaimanapun, pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bagi fasa 1 telah pun selesai dilaksanakan pada Februari lalu. Ramai yang tertanya-tanya bila dan berapa kah jumlah bayaran yang bakal diterima pada Fasa 2 dan 3? Untuk kali ini, pihak kami akan kongsikan cara membuat semakan baki bagi bayaran Fasa 2 dan 3. 

Sebelum itu, kami akan kongsikan sekali lagi mengenai maklumat terperinci Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR).


BANTUAN PRIHATIN RAKYAT 2021

Melalui Bantuan Prihatin Rakyat 2021 ini, terdapat penambahan pada kadar bantuan sehingga RM1,800. Berikut adalah kadar jumlah bantuan yang bakal memanfaatkan seramai 8.1 juta rakyat Malaysia :

Isi rumah berpendapatan dibawah RM2,500

  • 1 orang anak (RM1,200)
  • 2 orang anak atau lebih (RM1,800)


Isi rumah berpendapatan RM2,501 – RM4,000
  • 1 orang anak (RM800)
  • 2 orang anak atau lebih (RM1,200)


Bujang berpendapatan dibawah RM2,500
  • 21 tahun ke atas (RM350)


SEMAKAN DAN BAKI BAYARAN BPR 2021

Seperti yang telah diumumkan melalui kenyataan rasmi yang dikeluarkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM), bayaran bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dilakukan melalui 3 Fasa iaitu :
  • Fasa 1 – Februari 2021 (Telah selesai)
  • Fasa 2 – Mei 2021
  • Fasa 3 – September 2021
Seperti yang pihak kami beritahu mengenai maklumat di atas, nilai pada kadar bantuan akan diberikan mengikut kategori kelayakan, iaitu :
  • Bujang < RM2,500
    21 tahun ke atas (RM350)

  • Isi Rumah < RM2,500
    > 1 orang anak RM1,200 (Baki RM900)
    > 2 orang anak atau lebih RM1,800 (Baki RM1,500)

  • Isi Rumah Antara RM2,001 – RM4,000
    > 1 orang anak RM800 (Baki RM500)
    > 2 orang anak atau lebih RM1,200 (Baki RM900)

  • Isi Rumah Antara RM4,001 – RM5,000
    > 1 orang anak RM500 (Baki RM200) 

    > 2 orang anak atau lebih RM750 (Baki RM450)
    > Telah dibayar RM300, baki bagi pembayaran Fasa 2 dan 3 ini dibahagikan secara sama rata. 

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Kepada anda yang layak dan telah berjaya menerima bantuan BPR bagi fasa 1, anda secara automatik layak menerima BPR Fasa 2. 

Sekiranya anda ingin menyemak status permohonan, anda boleh ikuti langkah-langkah di bawah ini :
  • Layari Portal Rasmi BPR iaitu : https://bpr.hasil.gov.my/
  • Sila Login ID dan kata laluan
  • “SEMAK STATUS”
  • Status bayaran dan permohonan akan dipaparkan.

Related Articles

4 Comments

  1. Soalan sama gak cam atas.. Suka nak tanya ulang2.. Sbb status 'ulangan' masih dalam proses memang dah meloyakan tekak jiran saya… Lama gila proses duit 100, 200….kalau tetiba nanti ada duit bantuan 25,000…..perghhhhgh…mau minimum 1tahun cahaya baru selesai proses… (kot??)

  2. Komen apa pun… Duit diorang pegang.. No worry lah, take your slowest / ciputest time to process it…LULUS or GAGAL, Saya ok.. Yg tak ok, nunggu status permohonan berubah langsung…. Hmmmmm…wat lah ever… Kesian diorang yg keja pemprosesan permohonan ni kan….mesti OT besar nih!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button