BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI RM500 : Tarikh Rasmi Bayaran Bantuan Khas
Melalui kenyataan rasmi daripada Pejabat Perdana Menteri yang bertarikh 22 April baru-baru ini, Kerajan telah bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kepada kakitangan perkhidmatan kontrak, pegawai sambilan harian serta lantikan di bawah MySTEP.
Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam meggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini. Bantuan ini akan memanfaatkan lebih dua juta penjawat awam termasuk pesara.
Berikut adalah maklumat mengenai Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri ini.
Untuk makluman, bantuan Khas Kewangan Aidilfitri ini akan diberikan mengikut dua kategori yang berbeza dan pada kadar yang berlainan iaitu :
- Penjawat Awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan kontrak, PSH dan lantikan di bawah MySTEP : RM500
- Pesara Kerajaan : RM250
- 6 Mei 2021
jjkk1130
jjkk1130
jjkk1130