BANTUANSABAH/SARAWAK

Bantuan Pelajar Negeri Sabah : RM200 Setiap Seorang & Bantuan 10,000 Komputer Riba


Kepada calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), bantuan tunai secara ‘one-off’ sebanyak RM200 akan di berikan kepada mereka.


Perkara ini telah dinyatakan oleh Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor, dimana Kerajaan sedia ada akan melaksanakan bantuan ini melalui program Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI). Tambahan beliau, kerajaan negeri akan turut menyediakan bantuan pembelian komputer bagi kemudahan pelajar di bawah golognan kurang berkemampuan di negeri ini.


BANTUAN KHAS TUNAI PEPERIKSAAN (BAKTI)

Untuk makluman, syarat kelayakan bagi penerima Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI) ini akan di tapis dan hanya akan diberikan kepada pelajar yang layak. Beberapa syarat yang telah ditetapkan antaranya :
  • Pelajar Warganegara Malaysia dan berasal dari Sabah yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di penghujung 2021.
  • Ibu dan bapa mestilah dibawah golongan B40 / M40 dengan pendapatan di bawah RM5,000.
 

BANTUAN IHSAN KOMPUTER

Melalui Bantuan Ihsan Komputer (IHSAN) yang bakal di laksanakan, berikut adalah kelayakan bagi pelajar yang berkelayakan :
  • Pelajar Warganegara Malaysia dan berasal dari Sabah yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di penghujung 2021.
  • Ibu dan bapa atau penjaga dalam golonan e-Kasih Miskin Tegar
  • Satu kompute untuk satu Ketua Isi Rumah (KIR)


CARA PERMOHONAN

Untuk makluman, permohonan untuk menerima bantuan ini TIDAK PERLU dilakukan, akan tetapi pihak sekolah akan mengenalpasti pelajar yang mana layak untuk menerima bantuan tersebut.


MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian berikut:

Puan Rosni Leong: 088 369 865
Puan Mary: 088 369 890/ 088 369 872

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button