BANTUAN RM1000 UNTUK PERNIAGAAN E-DAGANG & DROPSHIP
Yayasan Kebajikan Negara merupakan sebuah badan kebajikan di bawah bidang tugas Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKWM). Tujuan yayasan ini di tubuhkan adalah untuk memajukan kebajikan dan pembangunan rakyat Malaysia khususnya dalam kebajikan kanak-kanak dan keluarga.
Berikut adalah perincian maklumat mengenai Bantuan MyKasih Kapital yang anda boleh pohon.
MYKASIH KAPITAL
Sempena sambutan Hari Wanita pada 8 Mac lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata dalam pegumumannya, Insentif Bantuan MyKasih Kapital ini merupakan salah satu inisiatif tambahan bagi membantu para usahawan wanita yang ingin memulakan perniagaan.
Tambahannya lagi, suntikan modal perniagaan ini bertujuan agar para usahawan wanita dapat menceburi diri dalam bidang perniagaan berbentuk e-dagang ataupun dropship.
Untuk peringkat pemulaan, hanya seramai 2000 wanita akan dipilih bagi menerima Bantuan MyKasih Kapital berdasarkan kelayakan permohonan yang telah di tetapkan.
Bagi kadar insentif bantuan ini pula, setiap para usahawan wanita yang layak akan mendapat bantuan sebanyak :
- RM1,000
- Pendekatan yang mengoptimumkan potensi individu berdasarkan bidang kemahiran mereka agar tidak terus bergantung kepada bantuan sepenuhnya.
- Membantu meningkatkan taraf hidup wanita yang memerlukan bantuan kewangan segera melalui peruntukan kewangan bagi memulakan perniagaan.
- Memperkasakan ekonomi kumpulan sasar yang terkesan dengan Covid-19
- Warganegara Malaysia
- 18 Tahun ke atas
- Terbuka kepada usahawan wanita sahaja
- Pemohon ialah ketua keluarga yang merupakan pencari nafkah utama keluarga
- Pemohon ialah individu yang menanggung keluarga tetapi hilang mata pencarian
- Usahawan wanita yang mempunyai suami tetapi suami tidak berkeupayaan untuk mencari nafkah disebabkan sakit
- Sila klik pautan ini untuk membuat pendaftaran secara online : Daftar MyKasih Kapital
- Isi maklumat yang diperlukan di dalam setiap ruangan dengan betul dan tepat
- Klik butang “Next”
- Pada akhir paparan, sila klik “SUBMIT” untuk menghantar permohonan.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi urus setia Program Bantuan MyKasih Kapital di talian 03-8323 2433 atau terus ke pejabat di alamat:
Urus setia Program Bantuan MyKasih Kapital,
Yayasan Kebajikan Negara Malaysia,
Aras 8, Bangunan KPWKM,
No.55, Persiaran Perdana,
Presint 4, 61200 Putrajaya
Sabar