PEMERKASA : Insentif RM800 Bagi Perantis Baru Di Bawah Program Perantisan PERKESO
Sebelum ini, Program Perantisan PERKESO di bawah PenjanaKerjaya 2.0 hanya menawarkan insentif sebanyak RM1000 sebulan bagi tempoh 3 bulan sahaja.
Namun, program ini telah ditambah baik di mana ianya akan berjalan selama 6 bulan bagi memastikan latihan yang diberikan lebih panjang dan mencukupi. Perkara ini telah di umumkan oleh Perdana Menteri di mana beliau memperkenalkan satu lagi program yang di kenali sebagai Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).
Untuk kali ini, pihak kami akan berkongsi maklumat terperinci mengenai Program Perantisan PERKESO dibawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA)
PROGRAM PERANTISAN PERKESO (PEMERKASA)
Untuk makluman anda, Program Perantisan PERKESO di bawah PEMERKASA ini adalah program yang telah ditambah baik dibawa PenjanaKerjaya 2.0 yang telah dilaksanakan sebelum ini setelah Kerajaan mengambil kira maklum balas daripada pihak industri.
KADAR BAYARAN & TARIKH PERMOHONAN
Berikut adalah kadar bayaran berserta tarikh permohonan mengikut program :
- Majikan yang menggajikan seseorang graduan atau lepasa sekolah yang berumur di antara 18 – 30 tahun.
- Majikan boleh menggajikan mana-mana PErantis mengikuti Program Perantisan yang dilaksanakan oleh syarikat dan badan-badan berkanun yang diasingkan saran daripada Sistem Saraan Kerajaan.
- Calon yang digajikan hendaklah merupakan dari kalangan lepasan sekolah
- Graduan yang masih menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap
- Majikan yang mengambil perantis di bawah PenjanaKerjaya layak memohon untuk pekerjanya menjalani latihan semula atau peningkatan berdasarkan keperluan pekerjaan atau perusahaan berkenaan.
- Hanya kursus yang dikenal pasti bersesuaian dengan keperluan industri akan diluluskan.
- Setiap perantis yang tersenarai di bawah PenjanaKerjaya 2.0 hanya boleh mengikuti 1 kursus sahaja.
- Daftar dan iklankan kekosongan bagi pengambilan perantis di portal MYFutureJobs di Portal rasmi iaitu : https://www.myfuturejobs.gov.my/
- Pemohonan hendaklah membuat permohonan insentif di portal https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my/index.php
Knp saya dah kemas kini eis PERKESO saya knp Blum ada claim masuk sampai sekarang baru satu kli saya dapat