BANTUANPERMOHONAN/SEMAKAN

KerjayaGig PERKESO : Insentif Bulanan Sebanyak RM600 Untuk Pekerja & RM200 Untuk Majikan

Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) merupakan satu lagi program yang telah diperkenalkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika beliau berucap dalam satu Pengumuman Khas baru-baru ini. Melalui bantuan ini, ia membabitkan peruntukan bernilai RM20 bilion.

Ianya bertujuan bagi melonjakkan lagi pertumbuhan ekonomi, menyokong perniagaan dan meneruskan bantuan bersasar kepada rakyat dan sektor yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Untuk kali ini, pihak kami akan berkongsi mengenai salah satu inisiatif di antara 20 inisiatif yang terkandung dalam pelaksanaan program PEMERKASA iaitu, KerjayaGig PERKESO.

KERJAYAGIG PERKESO

Pekerja yang diambil bekerja oleh platform penyedia perkhidmatan gig yang berdaftar di bawah PERKESO akan menerima insentif sebanyak RM600 sebulan yang disediakan melalui program KerjayaGig. Insentif ini bakal berlanjutan sehingga tempoh maksimum 6 bulan.

Insentif ini bertujuan untuk membantu pekerja-pekerja daripada sektor ekonomi yang terjejas pendapatannya disebabkan penularan wabak Covid-19 termasuk pekerja yang diberi cuti tanpa gaji, dikurangkan gaji ataupun mereka yang telah kehilangan pekerjaan.

Untuk makluman, insentif ini adalah bagi pengambilan pekerja yang bermula pada :

  • 18 Mac 2021
Bagi platform penyedia perkhidmatan gig yang menawarkan pekerjaan jangka pendek kepada pencari kerja pula, sebanyak RM200 (one-off) akan diberikan bagi setiap pengambilan pekerja.


SYARAT KELAYAKAN

Beberapa syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan bagi individu yang bekerja sendiri, antaranya adalah :

  1. Pekerja yang berdaftar dengan PERKESO dan sedang menerima Cuti Tanpa Gaji
  2. Pekerja yang berdaftar dengan PERKESO dan telah diberhentikan kerja
  3. Pencari kerja dari golongan rentan (contohnya penerima yang berdaftar di bawah sistem e-Kasih)

TARIKH PERMOHONAN

Kepada anda yang berkelayakan dan ingin membuat permohonan bagi insentif program ini, ianya boleh di lakukan pada :

  • Tarikh buka : 1 April 2021
  • Tarikh akhir : 30 Jun 2021

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Terdapat dua Kategori yang boleh anda pohon melalui Program KerjayaGig ini iaitu :

  • Kategori : Penyedia Perkhidmatan Gig (Operator)
  • Kategori : Orang Bekerja Sendiri (OBS)
Berikut adalah cara-cara untuk membuat permohonan :

Kategori : Penyedia Perkhidmatan Gig (Operator)
  1. Mengiklankan jawatan kosong di myfuturejobs.gov.my (Pastikan pemilihan jenis kontrak adalah di bawah Bekerja Sendiri)
  2. Mengambil Orang Bekerja Sendiri (OBS) untuk bekerja
  3. Sebarang permohonan hendaklah di hantar melalui sistem PenjanaKerjaya
  4. Proses kelulusan akan dimaklumkan melalui e-mel kepada pekerja
  5. Majikan akan terima pembayaran dalam masa 30 hari
Kategori : Orang Bekerja Sendiri (OBS)
  1. OBS akan menerima e-mel notifikasi setelah permohonan Operator diluluskan
  2. OBS akan menerima bayaran yang pertama setelah membuat pengesahan
  3. OBS perlu mengisi Log Aktiviti Gig di PenjanaKerjaya bagi menerima bayaran
  4. OBS hendaklah menghantar permohonan secara bulanan melalui sistem PenjanaKerjaya iaitu : https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my/
  5. OBS perlu melaporkan kepada PERKESO sekiranya menerima tawaran pekerjaan sepenuh masa dalam tempoh 24 jam.

MAKLUMAT LANJUT 

Untuk lebih lanjut dan sebaranya pertanyaan mengenai Program KerjayaGig PERKESO ini, anda boleh menghubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian : 
Tel : 1-300-22-8000
E-mel : perkeso@perkeso.gov.my

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button