PEMERKASA : BANTUAN RM300 PEMBELIAN TELEFON PINTAR
November lalu ketika pembentangan Belanjawan 2021, Kerajaan telah mengumumkan mengenai bantuan yang akan disalurkan kepada 8 juta individu bentuk kredit telekomunikasi buat golongan B40 sebanyak RM180. Ianya bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan bagi mendapatkan kemudahan internet.
Terkini, melalui pakej yang telah diumumkan baru-baru ini yang dikenali sebagai PEMERKASA, dengan sukacitanya Kerajaan akan menambahbaik subsidi ini khusus untuk isi rumah yang mempunyai anak bersekolah bagi pembelian telefon pintar.
BANTUAN RM300
Menerusi bantuan ini, ianya bakal memanfaatkan seramai 8 juta penerima dari golongan B40 di mana setiap isi rumah akan menerima sebanyak RM300 dalam bentuk kredit telekomunikasi. Bantuan ini boleh digunakan untuk perbelanjaan seperti :
- Pembelian telefon pintar baharu
- Pembelian peranti baharu
- Isi Rumah yang mempunya anak masih bersekolah
- Awal bulan Mei 2021