GKPPERMOHONAN/SEMAKAN

GERAN KHAS PRIHATIN 3.0 (GKP 3.0) KINI DI TERUSKAN

 

Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) merupakan satu lagi program yang telah diperkenalkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika beliau berucap dalam satu Pengumuman Khas baru-baru ini. Melalui bantuan ini, ia membabitkan peruntukan bernilai RM20 bilion.

Ianya bertujuan bagi melonjakkan lagi pertumbuhan ekonomi, menyokong perniagaan dan meneruskan bantuan bersasar kepada rakyat dan sektor yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Untuk kali ini, pihak kami akan berkongsi mengenai salah satu inisiatif di antara 20 inisiatif yang terkandung dalam pelaksanaan program PEMERKASA iaitu, Geran Khas Prihatin 3.0.

GERAN KHAS PRIHATIN 3.0

Ketika Perdana Menteri berucap mengenai program PEMERKASA ini, Kerajaan sedia ada sentiasa komited dan akan terus memberi sokongan memastikan kelangsungan perniagaan khusunya PKS tempatan dan telah bersetuju untuk meneruskan dan melaksanakan Geran Khas Prihatin 3.0 dalam masa terdekat ini. Bantuan ini bertujuan agar perniagaan yang sedia ada dapat beroperasi semula seperti biasa.

KADAR BANTUAN GKP 3.0

Untuk pengetahuan anda, bantuan GKP 3.0 ini secara one-off. Setiap perusahaan mikro dan PKS akan menerima sebanyak :

  • RM1,000

PERMOHONAN GKP 3.0

Melalui pelaksanaan GKP 3.0 ini, setiap perusahaan mikro dan PKS yang layak bolehlah membuat permohonan bermula :
  • 1 April 2021
Nota Sebarang permohonan GKP 3.0 ini boleh dilakukan secara online. Walaubagaimanapun, laman untuk membuat permohonan akan dikemaskini dan dijangka akan boleh mula di buat bermula 1 April 2021. Pihak kami akan memaklumkan sekiranya ada makluman baru mengenainya. Untuk lebih lanjut mengenai permohonan GKP 3.0 ini, anda bolehlah ke laman rasmi iaitu https://gkp.hasil.gov.my/

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button