PERMOHONAN/SEMAKAN

GKP TAMBAHAN : SEMAKAN DAN TARIKH BAYARAN


Penularan wabak Covid-19 di negara kita menyebabkan kerajaan telah mengambil keputusan untuk melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada semua negeri pada Januari lalu. Ini menyebabkan ramai peniaga dan PKS terjejas pendapatan mereka disebabkan pelaksanaan PKP.

Walaubagaimanapun, atas dasar keprihatinan Kerajaan sedia ada, satu lagi pakej bantuan yang dipanggil PERMAI telah diperkenalkan melalui pengumuman yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Januari lalu.


GERAN KHAS PRIHATIN TAMBAHAN

Antara inisiatif yang terkandung dalam pakej PERMAI adalah, Geran Khas Prihatin Tambahan (GKP), bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang pernah menerima bantuan Geran Khas Prihatin sebelum ini (GKP 1.0 dan GKP 2.0).


SYARAT KELAYAKAN GKP TAMBAHAN

Mengenai syarat kelayakan bagi GKP Tambahan ini, penerima yang layak menerima adalah :

  • Penerima Yang Lulus GKP 1.0
  • Penerima Yang Lulus GKP 2.0
  • Pemohon Rayuan GKP Yang Lulus

TARIKH SEMAKAN GKP TAMBAHAN

Kepada anda yang ingin membuat semakan GKP Tambahan ini, semakan boleh dibuat bermula 24 Mac 2021. 

Semakan GKP Tambahan ini boleh dilakukan di portal rasmi GKP iaitu : 

TARIKH BAYARAN 

Melalui kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan oleh LHDN, tarikh bayaran GKP tambahan akan di laksanakan pada :

  • 25 Mac 2021


KADAR BANTUAN GKP TAMBAHAN

Kadar bantuan GKP Tambahan terbahagi kepada dua dan akan di berikan secara one-off :

  • PKS Mikro bagi negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) –  RM1,000
  • PKS Mikro bagi negeri-negeri lain – RM500


Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button