Sebentar tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat satu lagi Pengumuman Khas yang di kenali sebagai Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).
Melalui program ini, ianya akan membelanjakan peruntukan tambahan bernilai RM20 bilion di mana ianya tertumpu kepada 20 inisiatif strategik bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi, menyokong perniagaan dan meneruskan bantuan bersasar kepada rakyat dan sektor yang terkesan dengan wabak Covid-19.
Terdapat 5 fokus utama melalui pelaksanaan program Pemerkasa ini antaranya adalah :
- Mengawal Penularan COVID-19
- Memacu Pemulihan Ekonomi
- Memperkukuhkan Daya Saing Negara
- Memastikan Agenda Keterangkuman Wilayah dan Masyarakat
- Mentransformasi Ekonomi
BANTUAN TAMBAHAN RM500 UNTUK B40
Melalui pengumuman Perdana Menteri tadi, golongan B40 akan menerima bantuan tunai sebanyak RM500 (one-off). Manakala pemohon dan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan di bawah RM1,000 bakal akan menerima bayaran tambahan sebanyak RM500. Bayaran ini di jangka akan di laksanakan pada Jun tahun ini.
Beliau berkata, bantuan ini telah melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion yang akan memanfaatkan seramai 2.4 juta penerima. Bantuan ini adalah antara inisiatif di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang bertujuan untuk membantu golongan kehilangan pendapatan.
PERINCIAN MENGENAI BANTUAN RM500
Berikut adalah perincian mengenai bantuan yang telah diumumkan sebentar tadi :
- Penerima bantuan ini adalah mereka yang berumur 21 tahun hingga 60 tahun.
- Penerima juga tidak perlu membuat pendaftaran permohonan.
- Bayaran akan dibayar ke akaun penerima selepas pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang dibuat melalui sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKSESO)
- Individu berstatus bankrap juga akan diberi kelonggaran untuk memuka akaun bank secara dalam talian bagi memudahkan mereka menerima bantuan kerajaan melalui permohonan e-mel kepada Jabatan Insolvensi yang mentadbir kes mereka.
- Sebarang bantuan tunai yang dikreditkan tidak akan mengalami sebarang potongan ansuran bulanan.
KELAYAKAN
Berikut adalah kelayakan penerima bagi bantuan ini :
- Bantuan RM500 one-off kepada golongan B40 yang hilang pendapatan
- Bayaran tambahan RM500 kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan di bawah RM1,000
Baca juga : Bantuan e-Wallet RM100
bpr blom masok lg
Macm mna nk mohon yerr?