KWSPPERMOHONAN/SEMAKAN

Kesilapan Ketika Buat Pindaan Amaun i-Sinar. INGAT! Jangan Buat Kesilapan Seperti Ini


Sebelum ini, apa yang berlaku berikutan kebanyakan pemohon permohonan i-Sinar meluahkan rasa kecewa disebabkan mereka telah melakukan kesilapan ketika “menarik” jumlah amaun pengeluaran. Di tambah lagi berita mengenai sebarang pertukaran amaun pengeluaran i-Sinar adalah tidak dibenarkan.

Namun, bermula 8 Mac, sebarang pertukaran atau pindaan amaun pengeluaran i-Sinar kini telah boleh dilakukan dengan cara yang mudah. Ianya menjadi berita baik untuk para pemohon.

Untuk pengetahuan, pindaan amaun dibolehkan selaras dengan keputusan pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk memansuhkan segala syarat kelayakan yang di anggap satu perkara yang “leceh”.

Melalui pindaan atau pertukaran amaun ini, ramai juga yang tersalah ketika membuat pindaan. Bagi anda yang masih belum buat sebarang pindaan, anda diminta untuk ambil perhatian dengan kesalahan seperti ini.


KESALAHAN KETIKA MEMBUAT PINDAAN AMAUN I-SINAR

Apa yang pihak kami ingin kongsikan kali ini adalah berkenaan kesalahan yang kebanyakan pemohon lakukan ketika membuat pindaan amaun. 
Berikut adalah contoh KESALAHAN pindahan amaun i-Sinar yang ramai lakukan :

  1. Jumlah pengeluaran sebelum ini : RM5,000
  2. Had pengeluaran yang diluluskan : RM10,000
  3. Jumlah pindaan yang dibuat : RM5,000
Dalam situasi ini, pemohon yang sebelum ini mohon pengeluaran sebanya RM5,000 ingin membuat pengeluara sehingga RM10,000 dan menyangka perlu membuat pengeluaran lagi RM5,000 untuk mencukupkan amaun RM10,000. Tanggapan dan cara ini adalah SALAH!


CARA BETUL KETIKA MEMBUAT PINDAAN AMAUN

Untuk mencukupkan pengeluara hingga ke HAD MAKSIMUM yang dibenarkan, pemohon perlu lakukan :
  • Tarik jumlah amaun sehingga MAKSIMUM iaitu sehingga titik akhir garis yang ditetapkan

Berikut adalah contoh jelas yang boleh anda jadikan sebagai rujukan anda ketika membuat pindaan amaun i-Sinar (Gambar) :


PINDAAN AMAUN HANYA SEKALI SAHAJA

Untuk peringatan kepada anda, pindaan amaun pengeluaran i-Sinar hanya boleh dilakukan SEKALI SAHAJA. Ingat! Pastikan tiada kesilapan yang anda lakukan ketika membuat pindaan amaun, ini kerana tiada lagi pengulangan yang anda boleh lakukan. Manfaatkan peluang ini dengan sebaiknya. 

Pihak kami berharap, para pemohon tidak terburu-buru untuk membuat pertukaran pindaan amaun dan kepada anda yang belum pernah membuat sebarang permohonan, permohonan masih terbuka sehingga hujung Jun 2021 ini.

Mungkin anda berminat : Cara Membuat Pindaan Amaun i-Sinar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button