KWSPPERMOHONAN/SEMAKAN

I-SINAR : CARA TUKAR AMAUN PENGELUARAN SECARA ONLINE


Permohonan pengeluaran i-Sinar telah bermula pada Disember lalu. Namun, apa yang menjadi kerisauan pemohon, kebanyakan mereka tersilap ketika “menarik” jumlah amaun pengeluaran di tambah lagi dengan khabar angin yang menyatakan, sebarang pertukaran atau pindaan amaun pengeluaran i-Sinar adalah tidak dibenarkan.

Namun, kini setiap pemohon di bolehkan untuk membuat pindaan atau pertukaran amaun pengeluaran i-Sinar dengan mudah yang bermula 8 Mac. Sudah tentu perkara ini menjadi berita gembira untuk para pemohon.

Pindaan amaun i-Sinar KWSP ini selaras dengan keputusan pihak KWSP di mana pemansuhan syarat kelayakan permohonan i-Sinar dilaksanakan. Oleh itu, kali ini kami akan kongsikan panduan untuk membuat pertukaran amaun pengeluaran i-Sinar.


PINDAAN AMAUN PENGELUARAN I-SINAR

Beberapa MAKLUMAT PENTING yang perlu pemohon tahu bagi pindaan amaun pengeluaran i-Sinar :

  1. Pindaan amaun boleh dibuat SEKALI SAHAJA.
  2. Pastikan pindaan amaun yang dikehendaki adalah BETUL.
  3. Pengeluaran adalah berdasarkan had pengeluaran yang ditetapkan sebelum ini :
    – Maksimum RM10,000 bagi akaun RM100,000 dan ke bawah
    – Maksimum RM60,000 bagi akaun RM100,000 ke atas
  4. Anda boleh mengemaskini nombor telefon dan maklumat berkaitan bayaran seperti Butiran Akaun Bank, Amaun Pengeluaran, dan Kaedah Bayaran.
  5. Jika anda memilih untuk mengemaskini Butiran Akaun Bank, sila pastikan akaun tersebut :
    – Adalah Milik Pemohon dan Masih Aktif
    – Bukan Akaun Bank Bersama
    – Bukan Akaun Bank Atas Nama Syarikat

TUKAR AMAUN PENGELUARAN I-SINAR

Berikut adalah cara-cara menukar amaun pengeluaran i-Sinar secara atas talian :

  1. Sila layari web rasmi i-Sinar : https://isinar.kwsp.gov.my/
  2. Klik PINDAAN PENGELUARAN

  3. Masukkan nombor MyKad dan nombor telefon. Klik TERUSKAN

  4. Sahkan OTP yang dihantar ke nombor telefon yang didaftarkan
  5. Sila lengkapkan maklumat peribadi anda yang diminta

  6. Masukkan amaun pilihan yang baru, tandakan kotak yang disediakan dan klik Teruskan

Setelah selesai, permohonan anda akan diproses dan memerlukan masa 5 HARI BEKERJA untuk mendapatkan kelulusan.


Lagi sekali pihak kami ingin ingatkan, pindaan pengeluaran i-Sinar boleh dibuat hanya SEKALI SAHAJA. Sila pastikan sebarang pindaan pertukaran amaun yang anda lakukan adalah amaun yang anda inginkan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button