COVID-19

PANDUAN DAFTAR VAKSIN COVID-19 MELALUI MYSEJAHTERA


Tahukah anda, aplikasi MySejahtera kini boleh untuk anda mendaftar sekiranya anda ingin mendapatkan suntikan Vaksin COVID-19.

Melalui program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan suntikan Vaksin ini, program ini akan berjalan dalam tempoh setahun bermula Februari 2021 sehingga hujung Februari 2022.

Untuk pengetahuan anda, sehingga ke hari ini, negara kita Malaysia telah mendapat akses kepada bekalan Vaksin COVID-19 sebanyak 66.7 juta dos melalui pembelian awal daripada 5 pengeluar vaksin di seluruh dunia.


5 JENIS PENGELUAR VAKSIN

Berikut adalah 5 pengeluar Vaksin tersebut :

  • Pfizer / BioNTech
  • AstraZeneca
  • CanSino Biologics
  • Sputnik V
  • Sinovac

Melalui pembelian vaksin ini, ianya terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia sama ada Warganegara ataupun bukan Warganegara. Apa yang penting, suntikan Vaksin ini akan diberikan secara percuma. 

Melalui proses analisis dan kajian terhadap Vaksin yang ada, pihak Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) merupakan pihak yang dipertanggungjawabkan untuk menganalisis mengenai keselamatan ataupun kesan sampingan terhadap pengambilan Vaksin. Hasil daripada kajian yang di buat, NPRA memberi jaminan Vaksin tersebut adalah selamat untuk di gunakan.


CARA MENDAFTAR MELALUI MYSEJAHTERA

Kepada anda yang ingin membuat pendaftaran bagi menerima suntikan Vaksin COVID-19, bolehlah mendaftar melalui aplikasi MySejahtera. Berikut adalah langkah-langkahnya :

  1. Buka Aplikasi MySejahtera
  2. Klik butang “Closed” bahagian kanan atas
  3. Klik bahagian “COVID-19 Vaccination
  4. Klik “Vaccine for (Nama ANda)”
  5. Sila sahkan maklumat diri anda dan klik “Confirm” jika tiada perubahan. Jika maklumat tersebut salah, klik “Edit
  6. Kemudian, sila klik “Click Here” yang bergaris
  7. Jawab soalan yang diberikan dan klik butang “Hantar
  8. Anda akan menerima paparan yang menunjukkan pendaftaran anda telah berjaya.
Nota : Sekiranya anda tidak memiliki aplikasi MySejahtera, anda boleh muat turun aplikasi tersebut di PlayStore ataupun AppStore

KATEGORI TIDAK SESUAI MENERIMA VAKSIN

Untuk makluman, tidak semua individu yang sesuai untuk menerima suntikan Vaksin ini, terdapat beberapa kategori yang tidak sesuai. Antaranya adalah :

  1. Individu mempunyai sejarah alahan / alergi yang serius terhadap makanan / ubat / persekitaran sehingga memerlukan rawatan hospital.
  2. Individu yang mengalami alahan / alergi yang serius selepas menerima dos pertama vaksin
  3. Individu yang mengalami transplan / permindahan organ seperti buang pinggang atau sel stem darah dalam masa 3 bulan sebelum menerima vaksin
  4. Individu yang sedang menjalani rawatan kanser seperti radioterapi, kemoterapi, dan imunoterapi
  5. Individu yang menghidap HIV dengan sel darah putih CD4 kurang 200 cells/mL
  6. Ibu yang sedang mengandung atau merancang kehamilan
  7. Individu yang sedang demam disebabkan jangkitan virus / bakteria
  8. Individu yang menerima rawatan antibodi monoclonan atau plasma darah sebagai rawatan untuk COVID-19 dalam masa 3 bulan sebelum menerima Vaksin
  9. Individu yang mempunya sel darah platelet yang rendah iaitu di bawah 50,000 per microlitre.


Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button