Maksud Setiap Status Semakan BPR 2021
24 Februari lalu, bayaran Fasa 1 bagi Bantuan Prihatin Rakyat 2021 telah mula di laksanakan secara berperingkat di mana bagi penerima di bawah kategori isi rumah telah menerima bayaran sebanyak RM300 manakala bagi kategori bujang menerima RM150.
Apa yang di lihat melalui perkongsian daripada bakal penerima mengenai status semakan mereka ada yang keliru dan tidak faham maksud di sebalik paparan hasil semakan status mereka. Untuk pengetahuan semua, status permohonan adalah berbeza mengikut kelayakan pemohon.
Untuk kali ini, kami akan berkongsi sedikit mengenai makna setiap status permohonan Bantuan Prihatin Rakyat yang dipaparkan hasil daripada semakan status.
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BPR 2021
Bagi anda yang ingin membuat semakan permohonan BPR 2021, ianya boleh dilakukan secara online dari semasa ke semasa dengan langkah berikut :
- Permohonan Diterima
Permohonan anda telah berjaya dihantar - Permohonan Sedang Diproses
Permohonan anda masih dalam proses untuk penentuan kelulusan permohonan - LULUS
*Permohonan anda telah diluluskan - GAGAL
*Permohonan anda gagal atas sebab tertentu
*Anda boleh buat permohonan rayuan apabila dibuka nanti
- Pemohon BPN bujang (Kategori M40)
- Pemohon yang menukar status perkahwinan (Bujang > Kahwin)
Oleh itu, pemohon yang mendapat jawapan hasil semakan seperti ini tidak layak untuk menerima bayaran Fasa 1.
Pemohon yang menerima status ini perlu membuat semakan semula pada bulan Aril atau Mei iaitu sebelum bayaran Fasa 2 BPR dilaksanakan. Sekiranya hasil semakan untuk Fasa 2 nanti anda LAYAK, anda akan menerima secara automatik bayaran penuh dari Fasa 1.
“Permohonan anda akan diproses bagi penentuan kelayakan seterusnya”
Jika hasil semakan seperti ini, tiada apa lagi yang perlu anda risaukan kerana bayaran BPR Fasa 1 anda akan dikreditkan pada kadar dan tarikh yang telah ditetapkan. Anda hanya perlu membuat semakan maklumat bayaran yang dipaparkan seperti status dan jumlah kredit. Jika status masih DALAM PROSES PENGKREDITAN, bayaran Fasa 1 anda akan dilaksanakan dalam masa terdekat.