YB KJ – Tawarkan Diri Orang Pertama Di Vaksin Selepas Pfizer

judul gambar


 

“NPRA is a world-class regulator. They are strict and fiercely independent. That’s why I will take any vaccine that NPRA has registered and approved for use in Malaysia” Berikut adalah tweet yang di buat oleh YB Khairy Jamaluddin menerusi laman tweeter nya.

Baru-baru ini, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu telah menawarkan diri dimana beliau akan menjadi orang pertama yang akan disuntik oleh mana-mana vaksin yang akan diluluskan oleh Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA). Katanya lagi, beliau tidak kisah sama ada ianya adalah daripada Sinovac, AstraZeneva, CanSino atau Sputnik V, asalkan ia adalah vaksin kedua yang diluluskan oleh NPRA kerana dia yakin dan percaya dengan agensi itu.

Untuk pengetahuan anda, banyak syarikat-syarikat antarabangsa mengakui bahawa NPRA adalah sebuah agensi paling tegas dan ketat di dunia. Sememangnya NPRA terkenal di peringkat antarabangsa kerana tegas dan tidak bertolak ansur dengan mana-mana syarikat farmaseutikal yang gagal mematuhi syarat-syarat ketat yang telah ditetapkan.

judul gambar

Sebagai contoh, pada tahun 2015-2017 ketika itu vaksin Denggi pertama (Dengvaxia) tercipta didunia. Beberapa negara ketika itu memberi kelulusan seperti Mexico, Brazil, Filipina, Costa RIca, Paraguay dan beberapa lagi buah negara. Tetapi apa yang berlaku, NPRA tetap tidak berganjak dan mengambil sikap tunggu dan lihat walaupun pada ketika itu banyak menerima desakan supaya vaksin itu diluluskan dengan segera dan akhirnya vaksin itu diluluskan setelah pendaftaran selama 2 tahun tetapi bukan untuk digunakan malah hanya untuk kajian klinikal lebih lanjut untuk dinilai keberkesanan nya oleh NPRA.

Antara keraguan KKM terhadap vaksin itu ialah tahap keberkesanan yang rendah terhadap serotaip 2, stren paling luas tersebar di Malaysia.

KERAGUAN KKM BERASAS

Pada 29 November 2017, pengeluar vaksin itu, Sanofi Pasteur telah mengeluarkan satu kenyataan berdasarkan hasil kajian terbaharu yang antaranya menyatakan individu yang tidak pernah dijangkiti denggi mempunyai risiko tinggi mendapat jangkitan lebih serius jika diberi vaksin Dengvaxia.

Setakat ini, hanya vaksin PFizer sahaja yang telah diluluskan (bersyarat) oleh NPRA manakala vaksin lain masih dalam proses penilaian. Justeru itu, kita tidak perlu meragui vaksin seterusnya yang akan diluluskan oleh NPRA kerana penilaian yang akan dilakukan oleh agensi itu akan dinilai dengan teliti dan sangat ketat. 


Leave a Comment