GERAN KHAS PRIHATIN TAMBAHAN (GKP) RM 500 – RM1000

GKP Tambahan ataupun Geran Khas Prihatin Tambahan adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro yang telah menerima bantuan Geran Khas Prihatin 1.0 dan 2.0 sebelum ini.

Perkara ini telah diluluskan menerusi pengumuman yang telah di buat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan satu lagi bantuan khas pada Januari lalu iaitu Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI).

Beliau berkata, Geran Khas Prihatin Tambahan ini bakal memanfaatkan seramai 800,000 peniaga kecil dan sederhana (PKS) di mana ianya melibatkan peruntukan sebanyak RM650 juta.

Perincian Mengenai GKP Tambahan

Geran Khas Prihatin Tambahan ini di perluas berikutan jangkitan Pandemik Covid-19 semakin bertambah dan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri yang terjejas terus akibat wabak ini.

Kami akan kongsikan sedikit maklumat mengenai bantuan Geran Khas Prihatin Tambahan (PERMAI)

Kelayakan Penerima GKP Tambahan

Untuk makluman anda, sebarang permohonan untuk GKP Tambahan ini tiada di buka. Pengkreditan akan di lakukan secara automatik kepada penerima yang pernah menerima bantuan GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini.

Tarikh Bayaran GKP Tambahan

Mengikut kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan oleh LHDNM, Tarikh bayaran bagi bantuan Geran Khas Prihatin Tambahan ini akan dilaksanakan pada Mac 2021.

Kadar Bayaran GKP Tambahan

Kadar bayaran bagi bantuan Geran Khas Prihatin Tambahan ini adalah sebanyak :

  • PKS mikro negeri dibawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – RM1,000
  • PKS mikro bagi negeri-negeri lain – RM500
Nota  : Pembayaran hanya akan dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank aktif sahaja.

Soalan Lazim

1. Apakah Geran Khas Prihatin Tambahan (GKP Tambahan) di bawah Pakej PERMAI? 

GKP Tambahan adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini. 

2. Siapakah yang akan menerima GKP Tambahan? 

GKP Tambahan akan diberikan kepada penerima yang lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0 termasuk rayuan. 

3. Berapakah amaun bantuan GKP Tambahan? 

    Amaun bantuan GKP Tambahan secara one-off adalah seperti berikut:

  • PKS mikro bagi negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – RM1,000 
  • PKS mikro bagi lain-lain negeri – RM500
4. Bilakah tarikh pembayaran GKP Tambahan akan dibuat? 

Tarikh bayaran adalah pada Mac 2021. 

5. Bagaimanakah kaedah pembayaran GKP Tambahan akan dilaksanakan? 

Kaedah pembayaran adalah sama seperti pelaksanaan GKP 1.0 dan GKP 2.0 iaitu dikreditkan ke akaun bank simpanan atau semasa peribadi penerima yang didaftarkan pada permohonan GKP sebelum ini. Pembayaran hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja. 



Leave a Comment