Pada artikel sebelum ini di Bayaran BPR Fasa 1 Telah Mula Dilaksanakan menerusi media sosial, ramai warganet telah berkongi mengenai pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat 2021 telah di laksanakan bermula 22 Februari baru-baru ini di akaun masing-masing. Akan tetapi, sebahagian bakal penerima tertanya-tanya mengapa pembayaran Fasa 1 belum lagi di kreditkan ke akaun mereka?
Terkini, menerusi kenyataan rasmi daripada Kementerian Kewangan Malaysia yang bertarikh 23 Februari 2021, sukacita di maklumkan bahawa bagi pembayaran Fasa 1 Bantuan Prihatin Rakyat 2021, akan mula di laksanakan bermula 24 Februari 2021 secara berperingkat.
Berikut akan kami kongsikan perincian terkini mengenai bayaran Fasa 1 Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR)
- RM300
- Seramai 4.4 juta bakal penerima
- RM150
- Seramai 4.05 juta bakal penerima
- 24 Februari 2021 – Bagi penerima Isi Rumah dan Individu Bujang
- Akan di kreditkan ke dalam akaun bank
- 25 Februari 2021
- Melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
- 1 Mac 2021 – 1 April 2021
- Lokasi pembayaran akan diumumkan kemudian, bersekali dengan pembayaran bagi BPN 2.0
Ianya bertujuan bagi membantu kelangsungan hidup rakyat terutamanya bagi golongan yang terjejas pendapatannya berikutan Pandemik Covid-19 yang melanda negara kita ketika ini. Kerajaan Malaysia sentiasa komited bagi menjamin kesejahteraan hidup dan keselesaan rakyatnya.