KWSPPERMOHONAN/SEMAKAN

BAYARAN I-SINAR BULAN MAC DIAWALKAN DAN BAYARAN SETERUSNYA AKAN DI BUAT PADA APRIL


Setelah pembayaran bagi i-Lestari dan Bantuan Prihatin Rakyat (Fasa 1) di awalkan dan proses bayaran kini telah berjalan, terkini mengenai bayaran i-Sinar bagi bulan Mac pula akan di percepatkan proses pembayarannya. Sudah tentu perkara ini akan menggembirakan buat para pemohonnya. 

Pada para pemohon yang belum tahu lagi mengenai perkara ini, berikut sedikit perkongsian mengenainya.

BAYARAN BULAN MAC DI AWALKAN

Mengenai perkara ini, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui halaman rasmi Facebook nya telah mengemaskini ruangan statusnya mengenai, bagi permohonan yang telah di luluskan pada Januari 2021, bayaran i-Sinar bagi bulan Mac akan di awalkan dan di bayar pada :

  • Minggu Akhir Februari  
  • Akan dibayar secara berperingkat sepanjang minggu ini
Nota : Apa yang kami lihat melalui media sosial seperti Facebook, para pemohon i-Sinar telah berkongsi perasaan gembira mereka kerana pembayaran untuk bulan Mac telahpun di kreditkan ke akaun masing-masing yang bermula pada 22 Februari (Isnin).

Tujuan utama mengapa proses bayaran i-Sinar ini di awalkan adalah untuk melancarkan proses transaksi bayaran permohonan tanpa syarat yang dijadualkan akan bermula pada 8 Mac ini.
 
Ini bermakna, bagi pembayaran i-Sinar ini, para pemohon yang telah diluluskan permohonannya akan menerima dua kali pembayaran iaitu pembayaran untuk bulan Februari dan bulan Mac.


BAYARAN I-SINAR BULAN APRIL
Berikutan bayaran bulan Mac akan di awalkan ke Februari, maka bayaran seterusnya (untuk Mac) akan di laksanakan pada bulan April nanti. 

Ini bermakna, permohonan yang telah di luluskan permohonannya pada Januari lalu,  tiada sebarang bayaran akan di lakukan pada Mac nanti kerana telah di awalkan ke Februari. Ianya bertujuan untuk melancarkan transaksi bayaran bagi permohonan tanpa syarat yang akan mula di laksanakan pada 8 Mac nanti.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848.


Untuk pertanyaan umum, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 atau melayari laman web www.kwsp.gov.my

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button