BANTUAN

SEMAKAN BANTUAN PERMAI RM500 (ONE-OFF) UNTUK PEMANDU TEKSI, BAS DAN E-HAILING


Pada artikel sebelum ini yang pernah kami kongsikan mengenai Bantuan RM500 (One-off) untuk pemandu pengangkutan dan e-hailing, seramai 14,000 pemandu pelancong manakala 118,000 lagi bagi pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan juga e-hailing bakal mendapat bantuan secara one-off sebanyak RM500. 

Perkara ini telah di umumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika pengumumannya melalui Pakej PERMAI pada 18 Januari lalu di mana ianya melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM66 juta.

Ianya adalah bertujuan bagi membantu pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing yang terjejas pendapatan harian mereka berikutan penularan wabak Covid-19 dan kerajaan terpaksa memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagi anda yang belum mengetahui bagaimana proses permohonan ini, kami akan kongsikan perincian mengenai bantuan ini sekali lagi.

SYARAT KELAYAKAN

Beberapa syarat telah ditetapkan bagi menerima bantuan RM500 (one-off) ini. Para pemohon wajib memenuhi syarat-syarat kriteria yang telah di tetapkan bagi melancarkan proses permohonan.

Pemandu Teksi
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemandu teksi yang pernah menerima Bantuan PRIHATIN RM600 pada tahun 2020
  3. Pemegang Kad Pemandu yang dikeluarkan oleh APAD dan masih sah laku hingga pada 13 Januari 2021
  4. Lesen pengendali dan lesen PSV masih dalam tempoh sah laku
  5. Pemandu tidak menerima bantuan untuk pemandu E-hailing RM500 di bawah inisiatif sama
Pemandu E-hailing
  1. Warganegara Malaysia 
  2. Pemandu perlu berdaftar dengan mana-mana operator E-hailing yang sah
  3. Memiliki Lesen Vokasional (PSV) yang masih sah tempoh sahlaku dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
  4. Kenderaan yang dipandu telah dilesenkan dengan Permit Kenderaan E-hailing (EVP) di bawah APAD
  5. Pemandu tersebut mestilah berpendapatan bulanan sekurangnya RM700 berdasarkan jumlah kutipan tambang bulan Oktober, November dan Disember 2020
  6. Pemandu tidak menerima bantuan untuk pemandi teksi RM500 bagi bantuan yang sama
Pemandu Bas Sekolah
  1. Warganegara Malaysia
  2. Pemandu memiliki Lesen Memandu Kelas D atau E kedua-dua sekali yang masih dalam tempoh sahlaku
  3. Pemandu memiliki Lesen PSV yang masih sahlaku dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
  4. Pemandu bekerja dengan syarikat yang memiliki Lesen Pengendali dan Permit Kenderaan yang dalam tempoh sahlaku dengan APAD pada 13 Januari 2021
  5. Pemandu bas yang bekerja dengan Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri adalah tidak layak
Pemandu Bas Persiaran
  1. Warganegara Malaysia
  2. Pemandu berstatus lantikan tetap oleh syarikat serta mempunyai caruman PERKESO
  3. Pemandu memiliki Lesen PSV yang masih sah atau Lesen E yang sah atau lesen yang berkenaan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
  4. Pemandu bekerja dengan syarikat yang memiliki Lesen TOBTAB yang masih sahlaku dengan MOTAC pada 13 Januari 2021 serta mempunyai lesen kenderaan daripada APAD

PROSES PERMOHONAN
Bagi proses permohonan ini, para pemandu seperti pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan E-hailing akan di lakukan oleh syarikat operator atau syarikat pengendali kenderaan tersebut. Secara ringkasnya, para pemandu tidak perlu lagi membuat permohonan.
Nota :
  • Bagi pemandu teksi yang pernah menerima bantuan Pakej Prihatin 2020 dalam bentuk tunai dari Bank Simpanan Nasional (BSN), mereka perlu mendaftar maklumat terlebih dahulu melalui web rasmi iaitu : http://permai2021.apad.gov.my/
  • Permohonan boleh di lakukan pada 16 Februari 2021


CARA MEMBUAT SEMAKAN
Berikut adalah langkah dan cara untuk membuat semakan melalui atas talian :
  1. Sila layari laman web rasmi iaitu : http://permai2021.apad.gov.my/
  2. Pilih kategori permohonan
  3. Masukkan No Kad Pengenalan
  4. Klik butang “Semak
  5. Paparan mengenai keputusan semak akan di paparkan

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan mengenai bantuan RM500 (one-off) yang telah disediakan melalui Pakej PERMAI ini, anda boleh berhubung di talian
  • 03-2603 6600 (APAD)
Ataupun anda boleh melayari laman web rasmi iaitu
Mungkin anda berminat untuk membaca : Bantuan Awal Persekolahan 2021 Sebanyak RM100

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button