Sebelum ini, pengumuman pembukaan penggal pertama persekolahan bagi sesi 2021 bagi sekolah di seluruh negara telah di tetapkan dimana ianya akan bermula pada 20 Januari lalu. Namun, ianya terpaksa di tangguhkan ke waktu lain berikutan pandemik Covid-19 meningkat di negara kita.
Susulan itu, beberapa negeri terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 13 Januari lalu.
TARIKH RASMI PERSEKOLAHAN
Terkini, Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin pada sidang media hari ini telah mengumumkan berkenaan tarikh baru (rasmi) bagi pembukaan semula sesi persekolahan 2021 telah ditetapkan.
Ini bermakna, pengoperasian institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara bersemuka akan bermula. Perkara ini diumumkan berikutan pelanjutan PKP, PKPB, dan PKPP yang akan bermula 19 Februari 2021.
TARIKH PEMBUKAAN SEKOLAH DI KAWASAN PKP, PKPB & PKPP
Berikut adalah tarikh jadual rasmi yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi :
- Sekolah Rendah
- Sekolah Menengah
- Sekolah Vokasional
- Sekolah Swasta Rendah & Menengah
- Sekolah Antarabangsa
- IPS Kategori Pusat
Sekolah Rendah
- 1 Mac 2021 – PraSekolah ( Tahun 1 dan Tahun 2)
- 8 Mac 2021 – Bagi Pelajar Tahun 3 Hingga Tahun 6
Nota : Bagi prasekolah Tahun 1 dan Tahun 2 di awalkan bertujuan memberi ruang kepada guru-guru untuk anak-anak membiasakan diri dengan SOP baru di sekolah.
Sekolah Menengah
- 4 April 2021 ( Kumpulan A )
- 5 April 2021 ( Kumpulan B )
Sekolah Vokasional
- 1 Mac 2021
Sekolah Swasta (Rendah)
- 1 Mac 2021
Sekolah Swasta (Menengah)
- 4 April 2021 ( Kumpulan A )
- 5 April 2021 ( Kumpulan B )
Sekolah Antarabangsa
- 8 Mac 2021
IPS Kategori Pusat
- 8 Mac 2021
Mungkin anda berminat untuk baca mengenai : Bantuan Laptop & Internet Percuma Untuk Pelajar B40
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang pertanyaan mengenai tarikh buka sekolah dan pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM dan semua Institusi Pendidikan Swasta, anda boleh berhubung melalui talian hotline bilik gerakan pembukaan semua sekolah di talian berikut :
- 03-8884 5020
- 03-8884 5336
- 03-8884 5022
- 03-8884 5 122