KWSPPERMOHONAN/SEMAKAN
KELULUSAN PERMOHONAN I-SINAR DIPERMUDAHKAN
Anda pemohon i-Sinar? Berita gembira untuk anda mengenai status kelulusan permohonan anda. Untuk makluman, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah membuat satu pengumuman dan satu kenyataan rasmi. Ia berikutan setelah pengumuman yang telah di buat oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Sebelum ini, syarat-syarat kelayakan bagi setiap permohonan i-Sinar telah di mansuhkan berikutan kebanyakan pencarum merasakan syarat-syarat yang telah di tetapkan begitu rumit. Namun begitu, atas dasar prihatin kerajaan dan pihak KWSP, syarat berkenaan telahpun di mansuhkan.
Pada kali ini, pihak kami akan kongsikan berkenaan maklumat terperinci mengenai pengumuman yang telah di umumkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebentar tadi.
KELULUSAN PERMOHONAN I-SINAR
Menurut kenyataan rasmi yang telah di keluarkan oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), beberapa status kelulusan akan dipermudahkan iaitu :
- Setiap permohonan pemohon yang berumur 55 tahun ke bawah akan diberikan kelulusan bermula 8 Mac 2021
- Setiap permohonan baharu yang diterima selepas tarikh tersebut, akan di berikan kelulusan, tertakluk kepada baki yang sedia ada dalam Akaun 1 ahli.
JUMLAH KADAR PENGELUARAN
Berikut adalah jumlah kadar pengeluaran i-Sinar jadual permbayaran :
- Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga maksimum RM5,000.
- Ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 (Akaun 1), mereka layak kepada jumlah pengeluaran sehingga 10% daripada Akaun 1. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan di buat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000
Nota :
Dalam pada itu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menasihatkan mana-mana ahli yang belum pernah membuat permohonan i-Sinar sebelum ini agar menangguhkan permohonan mereka sehingga i-Sinar yang telah dikemaskini bakal dilancarkan pada 8 Mac ini.
Berikut adalah kenyatan rasmi yang telah di keluarkan oleh pihak KWSP berserta Contoh Situasi Ahli dan Status Kelulusan i-Sinar.
Untuk maklumat atau sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi Hotline Khas i-Sinar di 03-8922 4848 ataupun anda boleh melayari laman web rasmi iaitu https://www.kwsp.gov.my/ms/home
Kami cadangkan untuk anda baca di sini juga MYSALAM : BANTUAN KEWANGAN RM700
Saya perlu bantuan sebab sya di berhntikan kerja sdh slama satu tahun