BANTUANPERMOHONAN/SEMAKAN

RM700 – PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK GOLONGAN B40


Tahukah anda, kerajaan yang sedia ada ada memberi sebuah inisiatif skim takaful perlindungan secara percuma yang di panggil MySalam. Ianya bertujuan untuk memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat MySalam melalui Tabung Amanah MySalam.

Ianya bertujuan untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila mereka mengalami pelbagai penyakit yang kronik dan kritikal.

Di bawah skim ini, kerajaan akan menyediakan bantuan sebanyak RM700 bagi yang telah berdaftar dan menerima pembayaran melalui bantuan Bantuan Sara Hidup sebelum ini untuk golongan B40.


KELAYAKAN PERMOHONAN

Beberapa syarat yang telah di tetapkan bagi setiap permohonan iaitu :

  1. Penerima bantuan Bantuan Sara Hidup
  2. Berumur 18 hingga 65 tahun, dan pasangan
  3. Berumur 40 hingga 65 tahun, bujang dan berpendapatan kurang dari RM24,000 setahun.
  4. OKU berumur 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang dari RM24,000 setahun.
Manfaat bagi penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :
  • Bantuan RM8,000 + Hospitalisasi untuk maksimum selama 14 hari bagi pesakit yang kritikal.
Nota : Sekiranya anda di kuarantin, anda boleh melakukan penebusan MySalam walaupun hanya di kuarantinkan daripada rumah iaitu RM50/sehari (Tempoh 14 Hari)


CARA MEMBUAT SEMAKAN

Sebelum melakukan penebusan, anda perlu melakukan semakan terlebih dahulu untuk memastikan anda layak ataupun tidak untuk menerima bantuan ini. Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat semakan :
  1. Sila layari portal rasmi MySalam : https://www.mysalam.com.my/
  2. Masukkan No Kad Pengenalan
  3. Klik “Semak
  4. Paparan mengenai status kelayakan anda akan terpapar.

CARA TUNTUTAN

Melalui proses tuntutan bantuan ini, ianya terdapat dua cara untuk proses penebusan dan tuntutan iaitu
  • Tuntutan Secara Online
  • Tuntutan Secara Manual
Berikut adalah cara-caranya :

Tuntutan Secara Online
  • Log masuk di : https://www.mysalam.com.my/b40/public/
  • Sekiranya anda belum berdaftar, anda boleh klik “Log Masuk Kali Pertama” dan ikuti arahan seperti yang di arahkan.
  • Pengesahan Nombor Telefon akan dihantar. Jika nombor telefon anda sudah tidak digunakan, sila hubungi talian bantuan untuk pihak mereka melakukan “reset” kata laluan anda. Setelah itu, anda boleh masukkan kata laluan baru.
  • Berikutnya, sila kemas kini maklumat yang di minta, muat naik dokumen yang diperlukan dan klik hantar
  • Tunggu keputusan tuntutan anda.

Tuntutan Secara Manual
  • Kunjungi mana-mana kiosk MySalam yang berhampiran
  • Sila sertakan salinan kad pengenalan dan borang Annex 14&17
  • Serahkan segala dokumen yang berkait untuk memudahkan proses tuntutan anda

TALIAN BANTUAN

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai skim MySalam ini, anda boleh berhubung terus melalui Talian Bantuan iaitu :

Telefon : 1-300-88-8938
Email    : info@mysalam.com.my

Related Articles

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button