GKP – TARIKH KEMASKINI AKAUN BANK BAGI YANG BERSTATUS “GAGAL KREDIT”
Kita sedia maklum bahawa permohonan bagi rayuan pembayaran Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) telah mula di kreditkan pada 5 Februari lalu. Ia telah membabitkan peruntukan sebanyak RM155 juta di mana ianya memanfaatkan hampir 52,000 perusahaan kecil dan sedarhana (PKS).
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bantuan Geran Khas Prihatin ini bertujuan untuk membantu KPS mikro bagi meringankan beban mereka lebih-lebih lagi untuk mereka yang amat terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) ataupun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berikutan kes jangkitan pandemik Covid-19 kian meningkat.
Apa yang kami lihat melalui media sosial seperti Facebook, kebanyakan warganet meluahkan rasa kecewa dan mengeluh berikutan keputusan daripada hasil semakan GKP berstatus “Gagal Kredit“.
![]() |
BOLEH RUJUK DI SINI https://gkp.hasil.gov.my/Download/Faq/SoalanLazim(FAQ)PembayaranGKP08022021.pdf |
PEMBAYARAN GERAN KHAS PRIHATIN 1.0 & 2.0
Kenyataan rasmi daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri yang bertarikh kemaskini 9 Februari 2021 menyatakan, tarikh kemaskini bagi status permohonan pembayaran yang Gagal Kredit boleh di buat pada :
- Tarikh Mula : 15 Februari 2021
- Tarikh Tutup : 15 Mac 2021
- Pembayaran semula ke akaun yang telah dikemaskini pada tempoh 7 Disember 2020 hingga 21 Disember 2020 telah dilaksanakan bermula 5 Februari baru-baru ini.
- Bagi Pembayaran semula ke akaun bank yang telah dikemaskini dalam tempoh 15 Februari 2021 (kini) hingga 15 Mac 2021 (kini) pula, tarikh rasmi bayaran belum di nyatakan lagi dan akan di maklumkan dari semasa ke semasa.
- 03-8911 1000
- 603-8911 1100 (Luar Negara)